SELAMAT MENJENGUK & TERIMA KASIH

Selasa, Ogos 31, 2010

ini cerita kami (PART 1)

Malam Satu Ramadhan kali ini kami bertarung nyawa sedangkan orang lain sibuk persiapkan diri untuk bertarawikh. Kami tak peduli apa orang kata, tak kisah apa orang pandang, yang penting niat kami baik dan tujuan kami hanya satu iaitu untuk bersama family tercinta. Bak kata pepatah "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri", kami lebih rela berhujan batu walaupun agak sakit dan perit. Masa agak singkat untuk membuat keputusan, tetapi kami cuba yakinkan bahawa keputusan yang diambil adalah yang terbaik.

********************

     Selama dua jam mengikuti kuliah measurement hati kami tak tenang, perasaan bercampur baur dan gelisah. Mata aku liar memerhatikan jam pada telefon bimbit sony ericsson ku sambil menjeling dua lagi rakanku. Aku dapat membaca apa yang ada dibenak fikiran mereka tentunya sama macam aku. Dr. S masih lagi rancak menukar slide lecture nya yang akhirnya tamat jam 7.oo petang.

     Kami bergegas pulang ke kolej mengambil apa yang patut dan terus mendapatkan teksi. Kami meninggalkan kampus jam 7.20 petang, pemandu teksi berbangsa cina itu memandu cukup berhemah tanpa menghiraukan kami yang sudah terlewat.  Setibanya kami di Stesen Keretapi Kulai jam menunjukkan 8.05 malam, dengan yakinnya Afiz menuju ke kaunter tiket meninggalkan aku dan Darma yang sedang mengangkat beg dari but teksi itu.


"Kelantan dan Mentakab dah habis" Afiz bersuara dengan nada agak kecewa.

"kita lompat lah" sambung Afiz.


Aku dan Darma saling berpandangan, jelas terpancar kekecewaan pada wajah Darma yang sugul dan masih lagi kepenatan disebabkan jadual kuliah hari ini yang agak padat.


"aku okey, alang-alang dah smpai kan tapi penat sikit" jawabku.

"boleh ke?, tak salah?" Darma bertanya. Seolah-olah difikirannya mungkin ada lagi jalan lain.

"boleh, member aku slalu buat..takkan kita nak balik kampus semula" Afiz cuba tenangkan keadaan.


Suasana di stesen keretapi agak hiruk pikuk dan kedengaran rata-ratanya bertutur dalam dialek Kelantan. Sekali-sekala terdengar rengetan anak kecil yang sudah kepenatan. Kami memerhati sekeliling mencari tempat duduk untuk menghilangkan penat sementara menunggu.


********************

Bersambung.......



apa yg terjadi selepas itu? berjayakan mereka pulang? 
nantikan sambungannya.


 ...hahahahaha...ngatuk doh


 

Sabtu, Ogos 28, 2010

cinta itu ibarat..



Nie Ler kerja ak bila boring duk study Amalan Iktisas..haha..just for fun k..gud Luck sume member2 SBQ 4 da test...



TENDER :: satu kenyataan yang dikeluarkan pada seseorang untuk membuat disamping  mendapatkan persetujuan daripada pihak berkenaan
 

Cinta itu ibarat TENDER
 
pilih je mane satu nk pakai
xkn nk guna "open tender" kot
termasuk ngn bukan bumiputera skali, xboleh... 
"tender terhad" okey
pastu si Laki isi r tender tue


tp xpayah r pkai "cut off" nk wat evaluation 
xkan nk amik harga pling rendah kot 
haha


 

rasenya mesti rmai guna "seLective tender"   kn
awal-awal lagi dah aim
katanya cinta pandang pertama
"nego" sesuai ker?
klau Laki bleh kot, 
tp prempuan jadi prigi carik timba lak..huhu



so, cepat2 r keluarkan 'LA'
xsabar nk masuk tapak, nk wat kerja..


kepada yg dh xsabar tue xyah pakai2 tender
byk proses, makan masa nk pilih
terus je wat kontrak, byar bon, pastu masuk tapak
senang !!!



SejeNak Di kOta SinGa



Actually entri nie dh lame dituLis..tp baru bOLeh upLOud pic atas masaLah2 yg memang x dpt dielakkan..haha..

Impian ak nk ke kOta sinGa dh tercapai. Seingat ak tyme fOrm 4 ag kOt ak dh mengidam nk ke SingapOre, nk pegi Oversea ler an..huhu..ak jOin KRP trip awal bulan lalu. Dgan berbekalkan duit yg xseberapa rmai, slamat gak pegi & balik.


TAMBANG : RM 88.00 jer
WANG SAKU : RM 100.00 (S$42.5)



bersama ngn Felo KRP (En. Hendra)



Mula2 ak engatkan tak lepas nk wat "bOrder Pass" sbb ic ak rOsak ckit..tp naseb bek pegawai 2 pejam mata kejap..haha


 bakheet-rafiq-aku-afiz
@universal studio


 ntah pape dak2 nie..huhu



~arab street~
bsar giler murtabak "KING of MURTABAK"
(6 dollar)



tgah wat kira2 Lepas melantak..huhu
p/s : ko pandang pe ta?? huhu



thanx & credit to abang Tuah a.k.a Bakheet coz merakamkan kami bersama DSLR nya..haha



Ahad, Ogos 22, 2010

....

..

peLukis masa


berpusar ku mencari haluan
bagaikan patahnya sepasang sayap
menerpa tembok utuh 
melayari hari ini

inginku cuba dongak ke langit
menyapa awan sang peneman
hembuskan bebanmu
relaku tanggung tanpa mengeluh
asalkan tidak dilempar guruh

cita-cita adalah penentang
kerna aku harus teruskan jua
semangat kamu masih tetap ku kendong
ingin ku putarkan waktu
menyelusuri masa lalu
tapi aku dan kamu bukan pelukis masa

Sabtu, Ogos 14, 2010

jenguk-jenguk ramaDhan

SaLam..dh Lame sgat2 tak meng'UPDATE' bLOg ak neyh..ari 2 xsmpat sbb kerja, skunk smbung study Lak..anyway nk ucapkan SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK kepada sume smOga Ramadhan kaLi ini mmberi kita keberkatan yg berkaLi ganda ag..jgn  jenguk-jenguk Ramadhan, intai-intai SyawaL je..hehe




“Apabila masuk bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka
Jahannam, serta dibelenggu syaitan-syaitan”



Alhamdulillah, Ramadhan aku bermula d samping keluarga tsayang di Kelantan..sempat gak pegi Bazar Ramadhan di stadium SMIV..tmpat yg mmang ak xkan miss bila bulan puase..tergugat iman aku..hehehe
spanjang 5 hari tue smpat r mrasa ayam gOlek, cOLek kerang, cOlek perut, cOLek ayam..sume ak meLantak..nti bile dh g UTM dh xmrasa an..hahaha..



sLaMMat BerBuKA PuaSa n sLaMMaT beRtaRaWiH~~~

Selasa, Ogos 10, 2010

bak kata

Just because you are rich today does not mean you will be rich tomorrow. And just because you are poor today, does not mean you cannot be richer tomorrow...