SELAMAT MENJENGUK & TERIMA KASIH

Sabtu, April 30, 2011

Sajak 8 : Datang dan pergi



sedetik bagai sekurun
moga terus hanyut berlalu
makin dekat terasa jerihnya
hilang dipandang hati mencari


sore yang lalu kau menyapa
hari ini kau meninggi
ku akur rentak 
ikut jejak tapak mu
dipersenda di pentas sendiri
adakah ini satu permainan?


ku cuba berhati kering
tapi aku tetap aku


ingin saja ke masa lalu
saat berkaki enam
melangkah ke mana jua
tapi mungkin harus ku akur
mengharap kesudahan yang datang


sering ku nafikan kata sahabat
ternyata benar
kau datang dan pergi




mOhdbOb :: menghitung hari mendatang. 

Selasa, April 19, 2011

Ichi-go ichi-e



Salam sahabat,


Pepatah jepun  "ichi-go ichi-e"
bermaksud
 "sekarang adalah masanya"


Dah lama kita menunggu kehadirannya, sejak di awal semester lagi. Akhirnya dia datang juga. Anda bersedia??! bersedia atau tidak, redah saja paper itu!!






FINAL EXAM datang lagi. . .! ! !



jOm kita study laju-laju !!!



Good Luck 
untuk semua sahabatku, inilah masanya! moga-moga kita beroleh kejayaan yang cemerlang. InsyaAllah.


mOhdbOb :: sedang belajar jadi peguam! haha


melihat dari sudut laen


Salam hormat sahabat,
Entri kali ini masih lagi mengenai motivasi diri. Semalam seorang sahabat aku ada bertanya:


 macamana nak lari dari masalah?? boleh ke?? Sedangkan selagi tak settle tetap serabut!

Aku bukanlah seorang pakar motivasi atau perunding atau kaunselor tapi aku cuba berkongsi apa yang patut dari pengalaman dan pembacaan aku. Aku memang seorang yang suka baca buku-buku motivasi diri, just untuk motivate diri sendiri dan berkongsi.

Bagi masalah sahabat aku ni, sebenarnya kita tak boleh lari dari masalah! masalah is masalah. Tetap datang walau tak dijemput. Cuma! kita boleh ignore kan sekejap, lari buat sementara waktu. Untuk mengurangkan beban kita. Biasanya bila ditimpa masalah, kita tidak boleh berfikir waras dan positif that's time. Kita perlu cari ketenangan dan mungkin bersendirian dahulu.

Aku nak bercerita pasal sebiji gelas. Masih lagi gelas! hehe. kan aku cakap setiap benda yang ada boleh dijadikan motivasi. 



Aku sedang pegang sebiji gelas berisi air. Korang tahu berapa berat air dalam gelas tue? Mungkin yang meneka akan menjawab 50gram, 70gram atau 100gram kan??! Sebenarnya berat air itu bergantung pada MASA. Kenapa??!

Okey, katakan aku pegang gelas berisi air itu dalam masa 1 minit dan aku letak. Aku akan cakap, tak berat pun air tue.

Aku pegang lagi selama 1/2 jam. Aku akan cakap lenguh tangan memegangnya. Agak berat!

Aku pegang pula 1/2 hari. Komfirm tangan aku kebas dan lenguh. Aku akan cakap, BERAT SANGAT!!

Adakah berat air itu berubah?? tidakkan!! sama jugak dengan masalah, beratnya akan berubah bergantung pada masa.

So, Kita simpan dalam kepala kita sedikit, okey je. Tapi kalu fikir lama-lama, memang sakit kepala. Lama dan lama lagi kita fikirkan, kita mula tertekan. cuba kita tinggalkan sekejap, ringankan? 


mOhdbOb :: secara teorinya memang senang! nak aplikasinya yang susah. maseh belajar untuk memotivasikan diri sendiri. hehe



Sajak 7 : aku maseh ada kamu



tika ku genggam pena ini
lahirnya bicara tanpa suara
menganyam bait-bait cinta

walau angin selalu menyapa
aku tahu ia akan pergi jua
kerna tika dan saat ini
kamu adalah cintaku
kamu pelengkap hidupku

aku tersenyum dalam rintik hujan
kerna cinta buat aku hanyut tanpa basah

aku menghela
saat kamu jauh
tapi ku tahu kamu setia

aku maseh tersenyum
dan akan tersenyum
kerna aku maseh ada kamu




mOhdbOb :: special tuk kamoo..nk sgt kan..aku maseh kamu punya! haha



Ahad, April 17, 2011

think +ve




Salam,
Lihat gambar di atas. Ada gelas berisi air bukan?? apa yang anda fikir tentang gelas tersebut? kalau anda menjawab ::






Gelas itu separuh PENUH
anda adalah orang yang POSITIF

Gelas itu separuh KOSONG
 anda adalah orang yang NEGATIF




mOhdbOb :: sentiasa nak jadi positif tapi susah kan!!


Masalah is Masalah


Salam hormat sahabat blogger,
Setiap orang pasti punya masalah tersendiri samada peribadi, kerja atau sebagainya. Masalah is Masalah. Kenapa??! masalah adalah lumrah hidup di dunia. Jika hari ini anda senang, mungkin esoknya masalah datang menyapa anda. Sebagai manusia memang tak boleh lari dari masalah, even sekecil zarah pun ia tetap masalah. Yang membezakannya adalah reaksi kita pada masalah. Macam aku sendiri kadang-kadang melenting jugak!



Aku nak berkongsi satu cerita, tentang keldai tua dan si petani. Satu hari keldai tua terjatuh dalam perigi buta. Puas si petani memikirkan macamana nak selamatkan keldai tua itu. Akhirnya, si petani membuat keputusan untuk menimbus saja tanah dalam perigi itu bersama keldainya. Kalau diselamatkan keldai tua tak berguna juga.

Maka, si petani menimbus perigi buta itu. Agak lama keldai tua berteriak dan menangis apabila tanah-tanah jatuh ke atas badannya. Tiba-tiba keldai tua diam, si petani merasa agak pelik dengan keldainya itu. Dia hanya memerhatikan gelagat keldai tuanya yang menggoyang-goyangkan badan untuk jatuhkan tanah dari badannya. Sedikit demi sedikit tanah yang ditimbus oleh petani itu dikumpulkan keldai tua itu sehingga menggunung tinggi. Lalu, keldai tua terus melompat keluar dari perigi buta itu. Si petani terpinga-pinga dengan perbuatan keldai tuanya itu.

Moral of da story, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Bergantung pada cara kita menghadapinya. Setiap masalah yang datang, take time untuk fikir sejenak macamana nak atasinya. Macam keldai tua itu, pada mulanya dia meronta-ronta menjerit dan akhirnya dengan kebijaksanaannya berfikir maka dia dapat menyelamatkan dirinya dari terkorban dan keluar dengan bebas.


mOhdbOb :: masalah itu ibarat angin, dia datang dan akan pergi jua.


Jumaat, April 15, 2011

H A R A P A N


salam hormat,
Entri kali ini aku nak kongsi satu cerita pasal lilin. 4 batang lilin yang sedang menyala menerangi satu ruang dari kegelapan. Tiba-tiba lilin pertama memadamkan dirinya. 

"aku adalah kesetiaan, namun manusia sekarang tak mampu memelihara aku" katanya.


Seterusnya lilin kedua memadamkan dirinya. Lalu berkata 


"aku adalah kasih sayang, manusia tak mahu mengenali aku lagi lebih baik aku padam"

"aku adalah cinta, manusia tidak lagi menganggap aku berguna" kata lilin ketiga.

Lalu memadamkan dirinya. Ketiga-tiga lilin yang kecewa telah terpadam. Ruang tersebut agak suram kerana hanya satu sahaja lilin yang masih bernyala.






Tanpa terduga, seorang kanak-kanak masuk ke ruang tersebut dan menangis ketakutan kerana gelap.


"kenapa lilin terpadam?" tanya kanak-kanak itu.
"aku takut kegelapan, tolonglah menyala semula" tambahnya lagi.

Lalu, lilin keempat bersuara.

"jangan takut, jangan menangis. Selagi aku ada, aku akan dapat menyalakan ketiga-tiga lilin itu"
"akulah H A R A P A N !" 

Dengan gembira dan bersemangat, kanak-kanak itu mengambil lilin H A R A P A N lalu menyalakan ketiga-tiga lilin yang padam itu.

Apa yang tidak pernah mati hanyalah H A R A P A N.
yang senantiasa ada dalam hati kita. Apa pun yang terjadi,   
H A R A P A N   akan mengembalikan semula semangat kita yang terpadam. Dengan H A R A P A N, Kesetiaan, Kasih Sayang dan Cinta masih lagi mampu memberi khidmatnya pada kanak-kanak itu.


mOhdbOb :: mengharapkan sinar harapan masih lagi boleh bertahan untuk sekian lamanya.


Ahad, April 10, 2011

siput yang Hebat


Salam sahabat,
Siput. Anda jijik dengan haiwan ni?! menggelikan? Walaupun ia kecil, jijik dan menggelikan tetapi kita sebagai manusia boleh belajar pelbagai perkara dari makhluk SIPUT ini. Kadang-kadang kita perlu juga melihat haiwan, tumbuhan dan alam ini sebagai satu motivasi pada kita. Segala ciptaan Allah di alam ini tiada yang sia-sia.

Jika disebut "siput" mungkin yang terlintas di fikiran anda semua adalah binatang yang lembab, mengengsot dan berlendir. Kali ini aku cuba kaitkan sifat dan perbuatan seekor siput sebagai motivasi hidup kita.


Beliau adalah seekor SIPUT


Berfikir sebelum Bertindak

mencari jalan penyelesaian

Berani Mencuba

Kreatif

Sabar Bertahan

Tabah dan Cekal

Akhirnya....



mOhdbOb :: Siput lembab tapi tabah mengengsot untuk teruskn hidup!!



erti hidup pada memberi



Salam semua sahabat blogger. 
Mungkin ada yang pernah dengar ungkapan ini "erti hidup pada memberi". Kita sebagai seorang manusia tidak pernah lekang dari masalah terutamanya masalalah kewangan. Aku sendiri pon tengah pokai tahap kedaun neyh. itulah, masa ada duit tak hengat belanja. marah diri sendiri. huh!



Sebenarnya, apa yang ingin dikongsi kali ini adalah sifat memberi lebih baik dari menerima. ada sesetengah orang hanya tahu menerima tanpa memberi. ada juga yang selalu memberi, tapi ikhlas ker?! bukan nak persoalkan tapi setiap apa yang kita beri mestilah nawaitu ikhlas kerana Allah dan jangan  harapkan balasan. 

Kita kena ingat! Allah itu Maha Pemurah. Walaupun kita tidak akan mendapat balasan dari orang yang kita beri, InsyaAllah kita akan menerimanya dari orang lain. Itulah konsep kitaran hidup. Kitaran kebaikan akan terus berterusan tanpa kita duga. Walaupun hanya bermodalkan RM1, Allah akan bagi kita lebih daripada itu. Hari ini kita senang, mungkin esok kita susah! 

Orang yang senang memberi akan disenangi oleh orang sekeliling anda. Tapi orang yang senang memberi juga amat senang untuk dipergunakan. Ingat! Hidup ini ada kitarannya!! Fikir-fikirkanlah.


mOhdbOb :: Jadikan tangan anda sebagai tangan yang memberi sebelum saat anda menerima.