SELAMAT MENJENGUK & TERIMA KASIH

Sabtu, April 05, 2014

TRAVELOG UMRAH - KEMBARA MENUJU TUHAN




SV 2059 KUL - MED
Masa bertolak : 10.10 pagi
Penerbangan terus ke Madinah (8jam)
Assalamualaikum,

Perkongsian catatan umrah  ini sekadar kenangan penulis dan panduan kepada teman-teman yang bakal menjadi tetamu Allah SWT dan tetamu Rasulullah SAW.


Tarikh : 9 - 20 Mac 2014

Penerbangan : 
Kuala Lumpur - Madinah (pergi); Jeddah - Kuala Lumpur (balik)
Saudi Airlines (Chartered)

Travel Agent : Andalusia Travel and Tours



Lunch : Nasi Arab
Peramugara dan Peramugari
*penat sangat dah tu
1.45 petang (waktu madinah)
Alhamdulillah selamat sampai ke Airport Madinah
(Dalam bas dari kapal  ke terminal)



Selesai urusan imegresen jam 4 petang  kami bertolak ke hotel Mubarak Silver (200m dari Masjid Nabawi).

Perjalanan 45 minit dari airport ke hotel.

Suasana lepas solat maghrib pertama

Perkarangan Masjidi Nabawi
payung gergasi ditutup menjelang petang selepas asar
*rekaan Mahmoud Bodo Rasch (Arkitek Allah)

Tempat Muadzin melaungkan azan
yg terletak di dalam Raudah
Taman Syurga (Raudhah)
* Mihrab Rasulullah SAW (ruang solat nabi)
Alhamdulillah diberi peluang bersolat di Raudhah




Makam Rasulullah SAW
disisi baginda terletak makam 2 sahabat
Saidina Umar Al-Khattab r.a dan Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a



Masjid Quba
*Masjid pertama di dunia

bersama wanita paling dicintai
                                                         





Jabal Uhud dan Makam para Syuhada

Malam terakhir di Madinah Al-Munawwarah
* Suasana beli belah selepas Isya'



Bertolak ke Makkah Al-Mukarramah Jam 3 petang 
Berihram dan bermiqat di Bir Ali
( perjalanan selama 8 Jam)

Nasi Talam di perhentian



Tiba di Hotel Hera (690 meter dari Masjidil Haram) jam 11.45 malam
Bersiap untuk menunaikan UMRAH PERTAMA


Selesai umrah pertama (3.40 pagi)
*Candid (mak aku tengok apa tu?)






Suasana lepas solat Jumaat
*SubhanAllah ramainya


Suasana Masjidil haram selepas Maghrib dari tingkat paling atas
*tempat paling cantik di dunia


aiskrim 3 Riyal
(lepas subuh pon aku bedal)




Unta yaa sheikhh (Jabah Rahmah)



Gigih mak aku panjat Jabal Rahmah



Subhanallah cantiknya (Jabal Rahmah)


tengah doa jodoh tue @Jabal Rahmah
*moga dimakbulkan. amin
Solat Asar
kelambu kaabah dari dekat

















pintu kaabah dari dekat

Alhamdulillah diberi rezeki untuk kucup hajaratul Aswad

Bermiqat di masjid Tan'aim (masjid Saidatina Aishah)


Air zam zam di sepanjang Bukit Safa dan Marwah semasa Saie

Selesai UMRAH ketiga
lawatan ke Muzium 

Lawatan ke Ladang Unta
*untanya di belakang ya

Masjid lama Hudaibiyah (wallahua'lam)

Pada Hari ke - 7 kami melakukan tawaf wida' selepas subuh. Jam 9 pagi bertolak ke Lapangan Terbang Haji, Jeddah untuk berangkat pulang.





Beratur untuk check-in barang


SV 2058
JEDDAH - KUALA LUMPUR
(6 petang)

Alhamdulillah selamat tiba di KLIA jam 8 pagi



Satu perjalanan yang tidak akan pernah dilupakan. Alhamdulillah kami sekeluarga sihat sepanjang di Madinah dan Makkah. Aku mula demam pon hari pertama sampai di Malaysia.

Sempurna sudah ibadah kami di Tanah Suci, semoga ibadah kami diterima, doa kami dimakbulkan dan mendapat Umrah yang MAQBULLAH. Amin.

Insyaallah semoga satu hari nanti aku akan kembali dijemput ke sana. Semoga kawan-kawan yang membaca travelog ini dijemput menjadi tetamu Allah dan Rasulullah SAW dan merasai nikmat kehidupan di tanah haram. Insyaallah. Amin








Sabtu, Oktober 05, 2013

Cuma Angka


Dari dua menginjak tiga.
Helah masa berputaran.
Ingin ku balik ke saat dua namun apakan daya.

Saat semangat ku kental bisa terpana dek nikmat dunia.
Roh dan jasad bukan lagi sahabat.

Dua, Tiga, cuma angka.
Dulunya berlari tanpa mengah.
Kini mampu memandang.

A.N.G.K.A
Hitunganmu membunuh jiwa.



Selasa, Julai 16, 2013

Catatan Perjalanan

Hidup ini satu percaturan perjalanan.

Setiap apa yang berlaku tidak perlu diresahkan. Adakalanya baik adapun buruk tetap menjadi hitam putih kehidupan. Pelbagai ragam itu tetap menjadi satu catatan perjalanan yang berpenghujung.



Sabtu, November 17, 2012

Sajak 14 : bukan berlari


jauh sayup di hujung berliku
mendominasi kuasa tak bertali
pandang merah ku lihat hijau
mengintai jejak berkas bertapak
tidak ku jemu makin mecuba
setiap peluang disapa lembut
adakah seru mendatang bersua

magis itu hanya janji
petualang merempat sisi tembok hitam 
di biar bangun tanpa kuasa
hanyut dan rebah
merintih asal bertamu

pulanglah kalian
mendapatkan jalan kembali
bukan ku pinta berlari
sekadar berjalan menghampiri
biar setapak mampu melangkah
asalkan bergantak dari yang sudah



Rabu, Mei 30, 2012

tafsir mimpiku Tuhan



Sang hati resah seharian. Ada saja benda yang tak kena. Bukan diminta-minta. Jiwa kaku tanpa rasa. jauhnya jalanan harus ditempuh. Gelak tawa lakonan tubuh tanpa jiwa. Madah melenting helangku herdik tiada rasa gundah. 


Mencari kekuatan diri dari pencipta. Hilangkan tompok hitam jiruslah mawar mewangi. Ku tetap tempuh dalam sendu dan pahit. Kosongkan fikiran dari ancaman durjana. 


Susunan langkah menghampiri mimpi. Terhenti. Tidak tertanggung seretan pedih. Ku tahu tidak pantas ku merintih. Tapi hanya pada-Mu ku memohon. Tolong aku Tuhan! Lindungi aku dalam Rahmat-Mu. Beri aku kekuatan. Tafsirkan mimpi indahku ini.





Sabtu, April 28, 2012

Sajak 13 : Kasihmu Terindah


Tatkala mengenal dunia ini
kami dikendong penuh sabar
Kasihmu  tabur  selaut biru
Dibelai indah tidur dan jaga

Bagai lebah mencari madu
Harianmu gigih bak semut hitam
Mengharap rama-rama mu terbang bebas
susah dan payah hidupmu
tetap terukir senyum sembunyi rasa

Lihatlah,
Anakmu sedang mengejar  kejayaan
Istirehatlah kalian kelak
Menikmati minum petang bersama
Umpama kisah cinta di Sun Two sewaktu dulu

Kami berdoa kebahagiaan hari depan mu
Walau apa yang kami berikan
tidak sebesar apa yang diterima
Kasih kami seluas langit biru





# SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN 
ENCIK CHE AZMI ISMAIL & PUAN NAIMAH IBRAHIM



Jumaat, April 27, 2012

Sajak 12 : Hanya Pemerhati

malam melewati awal pagi
masih termenung jauh
ku tenung dalam-dalam kotak tipis bercahaya ini
janggal rasanya hari ini
hanya juri pemerhati 

tujahan papan kekunci terhinjut-hinjut
tetikus diketik merayau-rayau
sesekali kedengaran bunyi isyarat mesej mukabuku
kenalan lama menyapa
nostalgia lama menerjah benak
seronoknya bergelar murid darjah satu 

fail tugasan bersepah pada bar pemula
microsoft access masih lagi terbuka
susun atur tugasan masih belum terusik
teruja bertukar lemau

dada makin sakit semacam dipijak-pijak
batuk makin teruk kepala mula berat 
katil dan bantal peluk dah memanggil
tinggalkan semua ini 
kerna esok bermula lagi