SELAMAT MENJENGUK & TERIMA KASIH

Jumaat, April 27, 2012

Sajak 12 : Hanya Pemerhati

malam melewati awal pagi
masih termenung jauh
ku tenung dalam-dalam kotak tipis bercahaya ini
janggal rasanya hari ini
hanya juri pemerhati 

tujahan papan kekunci terhinjut-hinjut
tetikus diketik merayau-rayau
sesekali kedengaran bunyi isyarat mesej mukabuku
kenalan lama menyapa
nostalgia lama menerjah benak
seronoknya bergelar murid darjah satu 

fail tugasan bersepah pada bar pemula
microsoft access masih lagi terbuka
susun atur tugasan masih belum terusik
teruja bertukar lemau

dada makin sakit semacam dipijak-pijak
batuk makin teruk kepala mula berat 
katil dan bantal peluk dah memanggil
tinggalkan semua ini 
kerna esok bermula lagi



Tiada ulasan:

Catat Ulasan