SELAMAT MENJENGUK & TERIMA KASIH

Jumaat, Disember 04, 2009

nak berubah...???



Melakukan perubahan amat mudah. Anda boleh berhenti merokok untuk beberapa hari, kurangkan berat badan untuk beberapa hari, bersenam beberapa hari, belajar berniaga beerapa hari.
Persoalannya, bagaimana pula dengan hari-hari yang seterusnya? Berapa lamakah perubahan ini akan kekal. Adakah ini merupakan perubahan yang berkekalan? Atau perubahan sementara sahaja?
Apa gunanya anda mengurangkan 5 paun daripada berat badan anda dalam masa seminggu tetapi selepas itu, berat badan anda naik 10 paun pada minggu berikutnya?
Adakah perubahan sementara ini memberi manfaat kepada anda ataupun menghumban anda ke dalam lembah kekecewaan? Jika ia membawa kekecewaan, apa gunanya anda melakukan perubahan tersebut?
Berikut adalah cara-cara untuk melakukan perubahan yang berkekalan
Langkah 1 – Manfaatkan emosi anda
Kaitkan keadaan semasa dengan emosi yang negatif seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan. Pada masa yang sama, kaitkan perubahan yang ingin anda lakukan dengan kegembiraan, kesenangan dan kehebatan. Ingat perkaitan ini dalam minda anda.
Manusia mempunyai motivasi untuk bergerak menghindari kesakitan dan menuju ke arah kesenangan. Jadi, apabila anda tidak mempunyai motivasi untuk kekal dengan perubahan yang anda lakukan, ingat perkaitan di atas.
Perubahan bukan masalah kebolehan, tetapi masalah motivasi.
Langkah 2 – Ganggu tabiat anda
Jika anda mendapati diri anda ingin menuju kembali kepada keadaan asal, lakukan sedikit gangguan terhadap tabiat lama tersebut. Misalnya, jika anda ingin kurangkan berat badan tetapi terasa amat ingin untuk makan makanan ringan, ganggu tabiat itu dengan kelakuan yang lain seperti menyanyi dengan kuat pada masa tersebut ataupun melompat tak tentu arah.
Langkah 3 – Ambil jalan alternatif
Jika anda tidak mempunyai jalan alternatif, kemungkinan besar anda akan kembali kepada tabiat asal. Misalnya jika anda ingin berhenti merokok, anda harus ada benda-benda alternatif untuk “menyumbat” mulut tersebut apabila anda terasa ingin merokok.
Misalnya makan sebiji buah epal setiap kali anda rasa ingin merokok. Satu alternatif yang baik untuk menggantikan rokok.
Cubalah 3 langkah ini dan kongsikan pengalaman anda di sini.
Selamat berubah,




Khamis, Disember 03, 2009

Tahukah anda??




Mengikut pendapat para penyelidik mengatakan bahawa perkataan wayang itu adalah berasal dari sebutan orang2 jawa yg bermaksud “bayang2 atau bayangan”, orang kelantan menyebut woye atau ghoye, tetapi dlm lughoh sebutan orang jawa,sebutan B itu disebut seperti bunyi W. Maka dari sebutan bayang itu jadilah dia sebutan wayang. Samalah dgn sebutan org melayu di selatan thai yg menggunakan huruf J da G, oleh kerana sebutan dlm bahasa thai tidak ada sebutan J dan G ini lalu di gantikan dgn sebutan Y dan K, seperti Jala = Yala, Sungai Golok = Sungai Kolok.
Ada juga yg menafsirka sebagai bayangan angan2 untuk menggambarkan pe’el perangai rupo ca’to orang terdahulu secara angan2. itu pasal bentuk wayang digambarkan dalam bermacam rupa, kalu jenih baik gak rupo supo menesio, kalu jenih jahat gak mulut luas la, gigi samo besa nga mato kapok, lidoh panje.
semua ini dibuat mengikut imeginasi sahaja mugo tak besa tengok. Di samping itu ada beberapa pendapat
lagi yg kita tak tulih takut bejelo sgt.
Bagaimana pun teater wayang kulit ini adalah dipecayai sebuah teater yg sgt tua merangkumi seluruh asi tenggara termasuk turki, cina dan india. kerana luasnya taburan teater ini dimerata2 maka timbulah pelbagai cerita atau teori yang mengisahkan tentang asal usulnya.
1. Salah satu drpd pendapat yg mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari india. Katanya wayang kulit ini di bawa masuk ketempat kita dan asia tenggara amnya melalui pengaruh hindu pada masa itu. Pengaruh tersebut dapat kita lihat sampai sekarang di dalam wayang kulit yang membawa cerita2 dari india seperti Ramayana dan Mahabharata
Demikian pula dengan bentuk patungnya, menurut mereka terdapat banyak persamaan bentuk patung wayang di kemboja dan thailand mempunyai persamaan dgn apa yg terdapat di Andhra Pradesh, Orissa dan Kerala di India. Adapun patung wayang di Malaysia dan Indon pula menerima pangaruh dari patung wayang golek di India juga. Di antara para sarjana yang menyokong pendapat ini ialah Sabri East Siyavusgil, Jacques Brunet dan William Ridghway.
2. Salah dua drpd pendapat pula mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari China. Mereka pula merujuk kepada suatu cerita lagenda di zaman raja Han Wu Ti yg menayangkan bayangan dikelir sebagai memanggil roh semangat isteri baginda. Pendapat ini di utarakan oleh Berthold Laufer.
3. Salah tiga drpd pendapat pula mengatakan bahawa wayang kulit ini berasal dari jawa. Mereka mengatakan bahawa banyak istilah jawa kuno yg terdapat dlm wayang purwa telah pun ada sebelum masuknya pengaruh hindu ke Asia tenggara. Pendapat ini di kemukakan oleh Hazeu.
Setakat ini belum ada satu bukti yg jelas untuk kita mengatakan tempat yang sebenarnya kemunculan wayang kulit itu. Tentang wayang kulit kelantan pula sejarah tradisinya adalah berasal dari siam, tetapi jika di lihat pada penceritaan dan pengucapannya, wayang kelantan ini sudah pun menerima pengaruh dari jawa. Oleh kerana negeri kita ni terletak di tengah2 dunia melayu jadi tak mustahil kita telah menerima budaya serantau melalui hubungan perdagangan, kebudayaan dan sebagai lagi.

Lkp yg mbOsankan..

xabes2 ag ngn fnal projek..ak dh bosan..8hb dh stat fnal tp xstudy2 ag..
mtak2 lah esok dh xde pape mama nk komen n bley sign trus report 2 n bley p jmpe panel&pyelaras tuk sign n p jmpe en. razali n byar 50 hinggit tuk binding nnnn...CIAP...!!!!
hahahahahahahahahahah

Rabu, Disember 02, 2009

Bina laman web sendiri dan nikmati keuntungan

http://www.e-jutawan.com/freegift.php

Produk BioSinar 5 in 1..

Dengan , anda boleh mencuci pakaian tanpa perlu menyental kotoran degil dan menikmati penjimatan sehingga 80% jika dibandingkan dengan jenama lain. Anda juga boleh menggunakan sebagai pencuci serbaguna bagi mencuci langsir, lantai, barang kemas, pinggan mangkuk serta periuk belanga malah kereta pun boleh dicuci menggunakan  tanpa mendatangkan kesan negatif kepada cat pada permukaan kereta. Ini adalah kerana produk kami diformulasi supaya Mesra Pengguna serta Mesra Alam! Ianya tidak mendatangkan rasa gatal atau ruam seperti sesetengah sabun lain serta anda hanya perlu menggunakan separuh daripada sukatan air yang biasanya diperlukan untuk membilas. Dengan mengurangkan penggunaan air basuhan sebanyak separuh, anda secara tidak langsung telah menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar kita yang semakin hari semakin tercemar…


pengedar di sekitar kelantan diperlukan. hubungi :


Stokis Negeri Kelantan
019-9197565 (azmi)
017-9188685 (bob)



kami berada di Dewan Beta