SELAMAT MENJENGUK & TERIMA KASIH

Selasa, Ogos 31, 2010

ini cerita kami (PART 1)

Malam Satu Ramadhan kali ini kami bertarung nyawa sedangkan orang lain sibuk persiapkan diri untuk bertarawikh. Kami tak peduli apa orang kata, tak kisah apa orang pandang, yang penting niat kami baik dan tujuan kami hanya satu iaitu untuk bersama family tercinta. Bak kata pepatah "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri", kami lebih rela berhujan batu walaupun agak sakit dan perit. Masa agak singkat untuk membuat keputusan, tetapi kami cuba yakinkan bahawa keputusan yang diambil adalah yang terbaik.

********************

     Selama dua jam mengikuti kuliah measurement hati kami tak tenang, perasaan bercampur baur dan gelisah. Mata aku liar memerhatikan jam pada telefon bimbit sony ericsson ku sambil menjeling dua lagi rakanku. Aku dapat membaca apa yang ada dibenak fikiran mereka tentunya sama macam aku. Dr. S masih lagi rancak menukar slide lecture nya yang akhirnya tamat jam 7.oo petang.

     Kami bergegas pulang ke kolej mengambil apa yang patut dan terus mendapatkan teksi. Kami meninggalkan kampus jam 7.20 petang, pemandu teksi berbangsa cina itu memandu cukup berhemah tanpa menghiraukan kami yang sudah terlewat.  Setibanya kami di Stesen Keretapi Kulai jam menunjukkan 8.05 malam, dengan yakinnya Afiz menuju ke kaunter tiket meninggalkan aku dan Darma yang sedang mengangkat beg dari but teksi itu.


"Kelantan dan Mentakab dah habis" Afiz bersuara dengan nada agak kecewa.

"kita lompat lah" sambung Afiz.


Aku dan Darma saling berpandangan, jelas terpancar kekecewaan pada wajah Darma yang sugul dan masih lagi kepenatan disebabkan jadual kuliah hari ini yang agak padat.


"aku okey, alang-alang dah smpai kan tapi penat sikit" jawabku.

"boleh ke?, tak salah?" Darma bertanya. Seolah-olah difikirannya mungkin ada lagi jalan lain.

"boleh, member aku slalu buat..takkan kita nak balik kampus semula" Afiz cuba tenangkan keadaan.


Suasana di stesen keretapi agak hiruk pikuk dan kedengaran rata-ratanya bertutur dalam dialek Kelantan. Sekali-sekala terdengar rengetan anak kecil yang sudah kepenatan. Kami memerhati sekeliling mencari tempat duduk untuk menghilangkan penat sementara menunggu.


********************

Bersambung.......



apa yg terjadi selepas itu? berjayakan mereka pulang? 
nantikan sambungannya.


 ...hahahahaha...ngatuk doh


 

4 ulasan: