SELAMAT MENJENGUK & TERIMA KASIH

Jumaat, September 24, 2010

Pena & Kertas

Bila kali terakhir anda menulis menggunakan pen sepanjang lima perenggan atau lebih pada sehelai kertas? Bagi seorang pelajar tentu sekali masih melakukannya. Menulis karangan "aku sepasang kasut bola" sepanjang 120 patah perkataan atau mengarang teks syarahan "Belia Benci Dadah" untuk subjek Bahasa Melayu.Pada zaman yang berteknologi canggih ini, tidak ramai dikalangan kita yang meluangkan masa untuk menulis di atas selembar kertas kosong. mohdbob sendiri juga sudah lama tidak menulis, setakat salin note semasa lecture dan menjawab soalan final sahaja. Mengupdate blog pon mestilah menggunakan laptop. Almaklumlah laptop sekarang semakin murah dan jari pun sudah terbiasa menekan tombol-tombol huruf dibandingkan dengan memegang sebatang pen dan menari mengikut rentak huruf ke huruf untuk menyiapkan satu ayat.

"tulisan aku hodoh", 
"orang lain tak faham tulisan aku" 

respon daripada rakan-rakan mohdbob bila ditanya. Dunia sekarang dihujung jari, tekan sahaja sudah sampai maklumat seperti email dan facebook yang memang tidak memerlukan pen & kertas. Ada betulnya, cuba kita bayangkan berapa lama sesuatu berita itu sampai kalau zaman sekarang masih lagi berutusan surat. Teknologi memang memudahkan kita bekerja, berkomunikasi tetapi teknologi juga membataskan kita dan memaksa kita melupakan adat dan warisan kita tanpa kita sedari. 

Sebagai contoh yang mudah, cuba anda semua membandingkan kemeriahan "Hari Raya" zaman sekarang dan dahulu. Kalau dahulu, apabila bermulanya Bulan Ramadhan maka bermulalah sesi mencari, menulis dan menghantar kad raya. Setiap hari kita tertunggu-tunggu posmen datang membawa kad raya yang dihantar kawan-kawan. Dunia canggih sekarang, ucapan Hari Raya dibuat melalui email, facebook, myspace, blog, friendster dan sebagainya. Tetapi ada baiknya, zaman sekarang semua orang sibuk bekerja, mengejar harta dan tidak merugikan masa untuk melakukan kaedah konvensional itu. Teknologi juga menbawa kita ke arah melindungi alam sekitar dengan menghadkan pengeluaran kertas yang dihasilkan daripada kulit pokok.


Melalui entri ini, mohdbob hanya berkongsi pendapat daripada pemerhatian mata hati yang melihat kita semakin jauh dihanyutkan arus teknologi dunia tanpa batas. Sebelum adanya teknologi, pen & kertas telah lama bertapak dan berbakti kerana teknologi dicipta manusia yang juga menggunakan pen & kertas suatu masa dahulu.






MOHDBOB :: BAGAIMANA TULISAN ANDA? CANTIK ATAU BURUK?
MACAMANA PUN TULISAN ANDA, IA MELAMBANGKAN KEPERIBADIAN
DAN PERSONALITI ANDA. NK TENGOK TULISAN mohdbob?
* Datang jumpa sendiri



Tiada ulasan:

Catat Ulasan