SELAMAT MENJENGUK & TERIMA KASIH

Sabtu, April 28, 2012

Sajak 13 : Kasihmu Terindah


Tatkala mengenal dunia ini
kami dikendong penuh sabar
Kasihmu  tabur  selaut biru
Dibelai indah tidur dan jaga

Bagai lebah mencari madu
Harianmu gigih bak semut hitam
Mengharap rama-rama mu terbang bebas
susah dan payah hidupmu
tetap terukir senyum sembunyi rasa

Lihatlah,
Anakmu sedang mengejar  kejayaan
Istirehatlah kalian kelak
Menikmati minum petang bersama
Umpama kisah cinta di Sun Two sewaktu dulu

Kami berdoa kebahagiaan hari depan mu
Walau apa yang kami berikan
tidak sebesar apa yang diterima
Kasih kami seluas langit biru





# SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN 
ENCIK CHE AZMI ISMAIL & PUAN NAIMAH IBRAHIM



Jumaat, April 27, 2012

Sajak 12 : Hanya Pemerhati

malam melewati awal pagi
masih termenung jauh
ku tenung dalam-dalam kotak tipis bercahaya ini
janggal rasanya hari ini
hanya juri pemerhati 

tujahan papan kekunci terhinjut-hinjut
tetikus diketik merayau-rayau
sesekali kedengaran bunyi isyarat mesej mukabuku
kenalan lama menyapa
nostalgia lama menerjah benak
seronoknya bergelar murid darjah satu 

fail tugasan bersepah pada bar pemula
microsoft access masih lagi terbuka
susun atur tugasan masih belum terusik
teruja bertukar lemau

dada makin sakit semacam dipijak-pijak
batuk makin teruk kepala mula berat 
katil dan bantal peluk dah memanggil
tinggalkan semua ini 
kerna esok bermula lagi



Ahad, April 22, 2012

Melodi Sunyi



Pelik kan?
Itulah diri aku saat ini. Otak dan fikiran aku berlagu-lagu. Bait ke bait disusun teratur. Dari satu verse ke satu verse. Tapi senyap. sunyi. diam. 


Pernah tak korang rasa korang ada kat satu alam lain? Dunia korang sendiri? Seronok. Tapi HANYA korang seorang. Cuma ada dinding, meja tulis, laptop, aku dan khayalan. Bebas. Bermain dengan perasaan dan diri sendiri. 


Hidup ini umpama kilang. Jiwa adalah produknya. Hasil yang kita keluarkan hari ini akan mempengaruhi hasil esok hari. Gagalnya produk yang dikeluarkan, maka kilang akan mati. Lebih baik mati pucuk dari mati perasaan kan? 


Mungkin orang macam aku ni dikategorikan gila. aku gilakah? adakah aku gila? Gila adalah tipikal tapi sangat subjektif. Lebih baik jadi orang gila dari jadi orang yang tak gila tapi berlaku gila. 




# Kembalikan melodi hidup aku yang gersangkan runut dari mu.