SELAMAT MENJENGUK & TERIMA KASIH

Jumaat, September 24, 2010

Pena & Kertas

Bila kali terakhir anda menulis menggunakan pen sepanjang lima perenggan atau lebih pada sehelai kertas? Bagi seorang pelajar tentu sekali masih melakukannya. Menulis karangan "aku sepasang kasut bola" sepanjang 120 patah perkataan atau mengarang teks syarahan "Belia Benci Dadah" untuk subjek Bahasa Melayu.Pada zaman yang berteknologi canggih ini, tidak ramai dikalangan kita yang meluangkan masa untuk menulis di atas selembar kertas kosong. mohdbob sendiri juga sudah lama tidak menulis, setakat salin note semasa lecture dan menjawab soalan final sahaja. Mengupdate blog pon mestilah menggunakan laptop. Almaklumlah laptop sekarang semakin murah dan jari pun sudah terbiasa menekan tombol-tombol huruf dibandingkan dengan memegang sebatang pen dan menari mengikut rentak huruf ke huruf untuk menyiapkan satu ayat.

"tulisan aku hodoh", 
"orang lain tak faham tulisan aku" 

respon daripada rakan-rakan mohdbob bila ditanya. Dunia sekarang dihujung jari, tekan sahaja sudah sampai maklumat seperti email dan facebook yang memang tidak memerlukan pen & kertas. Ada betulnya, cuba kita bayangkan berapa lama sesuatu berita itu sampai kalau zaman sekarang masih lagi berutusan surat. Teknologi memang memudahkan kita bekerja, berkomunikasi tetapi teknologi juga membataskan kita dan memaksa kita melupakan adat dan warisan kita tanpa kita sedari. 

Sebagai contoh yang mudah, cuba anda semua membandingkan kemeriahan "Hari Raya" zaman sekarang dan dahulu. Kalau dahulu, apabila bermulanya Bulan Ramadhan maka bermulalah sesi mencari, menulis dan menghantar kad raya. Setiap hari kita tertunggu-tunggu posmen datang membawa kad raya yang dihantar kawan-kawan. Dunia canggih sekarang, ucapan Hari Raya dibuat melalui email, facebook, myspace, blog, friendster dan sebagainya. Tetapi ada baiknya, zaman sekarang semua orang sibuk bekerja, mengejar harta dan tidak merugikan masa untuk melakukan kaedah konvensional itu. Teknologi juga menbawa kita ke arah melindungi alam sekitar dengan menghadkan pengeluaran kertas yang dihasilkan daripada kulit pokok.


Melalui entri ini, mohdbob hanya berkongsi pendapat daripada pemerhatian mata hati yang melihat kita semakin jauh dihanyutkan arus teknologi dunia tanpa batas. Sebelum adanya teknologi, pen & kertas telah lama bertapak dan berbakti kerana teknologi dicipta manusia yang juga menggunakan pen & kertas suatu masa dahulu.






MOHDBOB :: BAGAIMANA TULISAN ANDA? CANTIK ATAU BURUK?
MACAMANA PUN TULISAN ANDA, IA MELAMBANGKAN KEPERIBADIAN
DAN PERSONALITI ANDA. NK TENGOK TULISAN mohdbob?
* Datang jumpa sendiri



Khamis, September 23, 2010

Sajak 5 : Hatiku Menangis


Ya Allah
ketika hatiku menangis
hanya  Engkau yang mendengarnya
Engkaulah yang mengetahui isinya

ketika aku diduga kepayahan
Engkau memberi aku kekuatan
semangat untuk bangkit

ketika aku bersendirian
Engkau mendengar rintihanku
Engkau tenangkan aku melewatinya
mengajar aku kesabaran 

ketika aku buntu
Engkau tunjukkan haluan
Kau takkan biarku terpinga-pinga

Ya Allah
Engkaulah tempat aku 
merintih
mengadu
hatiku terasa begitu tenang mendampingiMu

Aku terlalu takut Tuhan
takut dengan amalku
 RahmatMu tidak terkira
syukurku seluas langit pun tak tercapai
aku menerima tanpa balas

Ya Allah
sesungguhnya aku berdosa
seringkali lalai
melupakanMu saatku bahagia
mencariMu dikala terhimpit

terimalah penyesalanku
ampunkan dosaku sebelum menutup mata
taubatku hanya padaMu

 Ya Allah
aku menangis kernaMu




Selasa, September 21, 2010

Payung Emas Kelantan


Tanggal 13 Setpember 2010 bersamaan 4 Syawal 1431 H
negeri Cik Siti Wan Kembang atau Kelantan Darul Naim menerima pemasyuran Sultan Baru.
Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra dimasyurkan sebagai Sultan Kelantan ke 29 di Istana Negeri, Kubang Kerian Kelantan.














TUANKU Muhammad Faris Petra menerima watikah pemasyuran daripada 
Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz


Salasilah Sultan Kelantan




DYMM Tuanku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra menggantikan ayahanda baginda yang masih lagi gering. Tuanku adalah seorang Raja yang bukan sahaja berjiwa rakyat tetapi berjiwa ulama'. Sering mengenakan jubah atau berpakaian biasa yang cukup sederhana dan berpelikat serta berkopiah putih untuk melawat rakyatnya menyebabkan tiada siapa menyangka lelaki segak itu adalah baginda Sultan pewaris takhta Kelantan.


 


TUANKU Sultan memandu sendiri kenderaan untuk melawat rakyat



 

BAGINDA selalu mengimamkan solat di masjid atau surau yang dilawatinya



Pembaharuan pertama
yang dititahkan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra adalah supaya seruan “Daulat Tuanku” digantikan dengan seruan “Allahu Akbar” 



mOhdbOb sebagai anak jati Negeri KELANTAN menyokong pemasyuran TUANKU dan mendoakan TUANKU  MUHAMMAD V
mendapat limpah dan rahmat serta dipanjangkan umur untuk terus memayungi negeri ini berlandaskan agama ISLAM bersama-sama Menteri Besar TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT, semoga Kelantan terus dilindungi oleh ALLAH s.w.t.
AMIN.. 


ALLAHU AKBAR..!!! 






MOHDBOB :: NANTIKAN ENTRI TERBARU MENGENAI PERIBADI & LATAR BELAKANG  TUANKU

Rabu, September 08, 2010

Ramadhan ditangisi, SyawaL dinanti..



SaLam 28 September 2010 / 29 Ramadhan 1431 H, tanpa sedar kita dah berada di penghujung buLan paling mulia dalam kalender Islam, penghulu segala bulan dan bulan yang ditunggu-tunggu oleh orang yang beriman bagi mendekatkan lagi diri kepada Tuhan pencipta. Berikut adalah petikan hadis yang menggambarkan kelebihan bulan Ramadhan ;

Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

  "Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan
maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi 


Seperti yang diungkapkan Bediuzzaman Said Nursi kepada kita melalui satu kalimat yang indah, bulan Ramadhan mempunyai kuasa suci bagi perayaan umat Islam. Umat Islam yang bertakwa dan hidupnya sentiasa mencari keredhaan Allah tidak akan mengabaikan kewajipannya untuk berpuasa sepanjang bulan ini dengan penuh semangat dan keghairahan. 

Bulan Ramadhan mengajar kita bersabar melalui berlapar dahaga (berpuasa) dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.

KRINGG......!!!! KRING.....!!!!!!!!!
bermulanya dengan SAHUR + NIAT (sebelum terbit fajar)


 
Hidup tanpa breakfast & Lunch selama 30 HARI


satu pengorbanan besar melawan NAFSU makan






berusaha MENAHAN godaan
adakalanya TIDAK tahan smpai 
menggigil-gigil kelapan




masa dihabiskan untuk TIDUR 
sepanjang hari akibat letih + tak bermaya




bayangan MAKANAN
menghantui sepanjang hari



WAKTU MAGHRIB
berbuka puasa
MELANTAK habis-habisan qada' lapar seharian


.....Akhirnya.....



badan terlalu PENAT kekenyangan
 terawikh pun tak LARAT






penghujung Ramadhan


sesi MEMBELI BELAH baju raya
+
BALIK kampung 

 
 


Diharapkan Ramadhan tahun ini diberkati ALLAH S.W.T dan mendapat ganjaran dari-NYA, semoga kita akan bertemu lagi RAMADHAN tahun akan datang, InsyaAllah..


Apa-apa pun, Esok atau Lusa dah rayer..mOhdbOb nk amik kesempatan ini nak
mengucapkan seLamat hari raya 

kepada semua family, sanak saudara, kawan-kawan di SKSW Gua Musang, SMKIP Kota bharu, KMK Kulim, PKB Kok Lanas dan UTM Skudai dan pada semua yang mengenali diri mOhdbOb yang kerdil lagi hina ini..

MAAF ZAHIR DAN BATIN



**semua gambar di atas adalah ehsan pakcik google.



Jumaat, September 03, 2010

mOod rayer

hari nie last ku berpuasa kt UTM..xsbar r nk bLik kelate mlm nie ~~ hohohoho..
mood beraya makin terasa hangat nya bila :


katiL dah dikemas



meja study bersih + kemas + tersusun



beg dah siaaaappp!!!




 tiket dah SEDIA!!!!!!


moga sLammat sampai ke KELANTAN..insyaAllah


seLamat Hari Raya
maaf zahir batin




Selasa, Ogos 31, 2010

ini cerita kami (PART 1)

Malam Satu Ramadhan kali ini kami bertarung nyawa sedangkan orang lain sibuk persiapkan diri untuk bertarawikh. Kami tak peduli apa orang kata, tak kisah apa orang pandang, yang penting niat kami baik dan tujuan kami hanya satu iaitu untuk bersama family tercinta. Bak kata pepatah "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri", kami lebih rela berhujan batu walaupun agak sakit dan perit. Masa agak singkat untuk membuat keputusan, tetapi kami cuba yakinkan bahawa keputusan yang diambil adalah yang terbaik.

********************

     Selama dua jam mengikuti kuliah measurement hati kami tak tenang, perasaan bercampur baur dan gelisah. Mata aku liar memerhatikan jam pada telefon bimbit sony ericsson ku sambil menjeling dua lagi rakanku. Aku dapat membaca apa yang ada dibenak fikiran mereka tentunya sama macam aku. Dr. S masih lagi rancak menukar slide lecture nya yang akhirnya tamat jam 7.oo petang.

     Kami bergegas pulang ke kolej mengambil apa yang patut dan terus mendapatkan teksi. Kami meninggalkan kampus jam 7.20 petang, pemandu teksi berbangsa cina itu memandu cukup berhemah tanpa menghiraukan kami yang sudah terlewat.  Setibanya kami di Stesen Keretapi Kulai jam menunjukkan 8.05 malam, dengan yakinnya Afiz menuju ke kaunter tiket meninggalkan aku dan Darma yang sedang mengangkat beg dari but teksi itu.


"Kelantan dan Mentakab dah habis" Afiz bersuara dengan nada agak kecewa.

"kita lompat lah" sambung Afiz.


Aku dan Darma saling berpandangan, jelas terpancar kekecewaan pada wajah Darma yang sugul dan masih lagi kepenatan disebabkan jadual kuliah hari ini yang agak padat.


"aku okey, alang-alang dah smpai kan tapi penat sikit" jawabku.

"boleh ke?, tak salah?" Darma bertanya. Seolah-olah difikirannya mungkin ada lagi jalan lain.

"boleh, member aku slalu buat..takkan kita nak balik kampus semula" Afiz cuba tenangkan keadaan.


Suasana di stesen keretapi agak hiruk pikuk dan kedengaran rata-ratanya bertutur dalam dialek Kelantan. Sekali-sekala terdengar rengetan anak kecil yang sudah kepenatan. Kami memerhati sekeliling mencari tempat duduk untuk menghilangkan penat sementara menunggu.


********************

Bersambung.......



apa yg terjadi selepas itu? berjayakan mereka pulang? 
nantikan sambungannya.


 ...hahahahaha...ngatuk doh


 

Sabtu, Ogos 28, 2010

cinta itu ibarat..



Nie Ler kerja ak bila boring duk study Amalan Iktisas..haha..just for fun k..gud Luck sume member2 SBQ 4 da test...



TENDER :: satu kenyataan yang dikeluarkan pada seseorang untuk membuat disamping  mendapatkan persetujuan daripada pihak berkenaan
 

Cinta itu ibarat TENDER
 
pilih je mane satu nk pakai
xkn nk guna "open tender" kot
termasuk ngn bukan bumiputera skali, xboleh... 
"tender terhad" okey
pastu si Laki isi r tender tue


tp xpayah r pkai "cut off" nk wat evaluation 
xkan nk amik harga pling rendah kot 
haha


 

rasenya mesti rmai guna "seLective tender"   kn
awal-awal lagi dah aim
katanya cinta pandang pertama
"nego" sesuai ker?
klau Laki bleh kot, 
tp prempuan jadi prigi carik timba lak..huhu



so, cepat2 r keluarkan 'LA'
xsabar nk masuk tapak, nk wat kerja..


kepada yg dh xsabar tue xyah pakai2 tender
byk proses, makan masa nk pilih
terus je wat kontrak, byar bon, pastu masuk tapak
senang !!!