Kali nie aku nak berkongsi 2 buah buku yang aku baca. Buku mengenai JUTAwan. Bukannye aku nk jadi jutawan sekarang, tapi nk belajar untuk jadi jutawan. huhu . Sape tak nak jadi jutawan kan.!
"setiap cita-cita mesti disertakan khayalan.."
ini aku punye kata-kata semangat..so, aku kuat berangan lah?
memang pon..hehe
LAHIRNYA SEORANG JUTAWAN
Azizi Ali & Azlynn Azizi
Terbitan TrueWealth Sdn. Bhd (2004)
Menjejaki JUTAWAN SENYAP
Dr. Rusly Bin Abdullah PhD
Terbitan Al-Ameen Serve Holding Sdn. Bhd. (2004)
Berikut adalah sedikit sebanyak apa yang terkandung dalam kedua-dua buku ini :
LAHIRNYA SEORANG JUTAWAN
Dalam buku ini, penulis mengupas kisah peribadi beliau sendiri sebelum bergelar jutawan. Penulis adalah seorang pekerja atau dengan bahasa mudahnya 'makan gaji' tetapi masih boleh bergelar jutawan. apa rahsia nya? Aku tertarik dengan kata-kata beliau ;
"jangan buka restoran kerana anda suka memasak, jangan buka klinik kerana anda suka merawat orang lain, jangan buka kedai muzik kerana anda minat muzik..minat sahaja tidak cukup"
Beliau berkongsi cara merancang kewangan/ gaji bulanan, cara agihan gaji dan pusingan wang gaji. Beberapa faktor sebagai pendorong kearah menjadi pekerja jutawan dicipta oleh beliau.
Menjejaki JUTAWAN SENYAP
Buku ini pula berkongsi pengalaman penulis (Chef Li) bersama anak didiknya yang menjadi jutawan senyap. Antara anak didiknya ialah Sutinah (ibu tunggal), Sumarno (dari Surabaya). Semuanya berguru dengan Chef Li iaitu Pengasas Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara. Mereka mencipta kekayaan melalui perniagaan. Langkah-langkah untuk berjaya jelas di dalam buku ini. Tuhan itu luas dan setiap orang berupaya mendapatkannya. Aku petik gak kata-kata oleh Steve Philips yang dimasukkan dalam buku ini ;
"Kalau nak jadi usahawan, kita kena berfikir secara usahawan, tidur sebagai usahawan, mimpi sebagai usahawan, dan berkawan pun pilihlah kawan-kawan usahawan, dan janganlah kita sebagai usahawan kita berdamping dengan orang yang ahli memancing atau suka berburu"
------------------------------------------------------------------------------
oleh itu, sesiapa yang ingin mengubah hidup kearah lebih baik dari segi kewangan perlu baca kedua-dua buku ini. Aku bercerita bukan dasar nk mencapai jutawan tetapi nak merubah kehidupan dan menjana aset di masa hadapan. Segala apa yang diperlukan semuanya ada terkandung dalam buku-ini. Kita seharusnya mengambil contoh dan teladan mereka yang berjaya bukanlah memandang kita dah punya segalanya berbanding dengan orang yang tiada apa-apa.
"Malu adalah naluri fitrah...ia tidak menghalang kejayaan"
"ramai orang membuat kesimpulan 'nasib baik' (good Luck) apabila seseorang mendapat kebaikan atau kejayaan, namun setiap orang patut sedar dan insaf akan maksud nasib baik atau 'LUCK' iaitu 'Learn Under Correct Knowledge" pelajarilah perkara yang benar..."
mOhdbOb :: bukan kejar kekayaan tapi sememangnya kekayaan tak akan mengejar kita selagi kita tidak merubah diri kita. :-P
sumber buku :: Perpustakaan umah aku..(koleksi buku bapak ak)
Jutawan natang mende!
BalasPadam