SELAMAT MENJENGUK & TERIMA KASIH

Isnin, Disember 27, 2010

menanti dekad kedua abad 21

Semasa enty ini ditulis, dekad pertama bagi abad ke 21 kian berlabuh. Tahun 2010 akan terus diingati dan dikenang waima penuh dengan memori pahit dan kesakitan. Setiap masa yang berlalu amat berharga dan dirasakan terlalu pantas untuk menerima kehadiran 2011. Terlalu banyak lagi tanggungjawab dan perkara yang masih belum dilaksanakan inikan pula untuk menghadapi semua itu di tahun yang baru. Menjadi kebiasaan kita akan 'carry forward' azam dan impian tahun lalu ke tahun berikutnya. Tapi sampai bila?



Mengimbau kembali tahun 2010 yang mematangkan aku bermula dengan baik seperti tahun-tahun lalu cuma yang bezanya aku adalah penganggur bukannya pelajar. Bermulanya tahun baru, aku menyusun rentakku untuk memulakan kehidupan aku sebagai seorang yang bekerjaya. Aku memulakan bisnes berbekalkan modal abah yang akhirnya bertahan sampai sekarang. Dalam masa yang sama, aku ditawarkan bekerja di Konsultan Ukur Bahan dan memaksa aku majadi lebih bertanggungjawab kerana terpaksa memberi komitmen untuk kedua-dua bidang yang aku pilih.Begitulah kehidupan aku di suku pertama tahun 2010 yang amat sibuk dan memenatkan.

macam nielah lebih kurang muka aku

Tahun 2010 menyaksikan saat kesakitan dan duka aku menempuh ujian dari Yang Maha Esa. Ketika sibuk menguruskan perniagaan dan bekerja, aku diuji dengan penyakit 'Bell Parsy' atau dengan kata lain Lumpuh Otot Muka. Dunia aku gelap gelita, hanya yang terlintas di benak aku adalah "aku akan cacat....". Begitulah perasaan yang sering bermain dalam diriku. Mana tidaknya, muka aku sebelah kiri lumpuh serta merta. Mata tidak berfungsi, tidak boleh ditutup dan berkelip, hidung dan mulut pun tidak berfungsi. Tuhan telah tarik semuanya! saat itulah aku sedar bahawa nikmatnya semua pinjaman Allah pada kita. "Ya-Allah kalau inilah balasan dari dosa-dosa aku sebelumnya, aku terima" itulah doa aku setiap kali kepada-Nya. Teringat pula pengalaman sepupu aku yang lumpuh seluruh badan dan terlantar selama 3 tahun, pakcik aku yang lumpuh sebelah badan 20 tahun lepas masih kekal cacat membuatkan aku tidak kuat nak hadapi semua ini tambahan pula doktor hanya mengesahkan aku akan pulih dalam masa 3 bulan tapi bukan sepenuhnya. Dengan kuasa Allah, setelah hampir sebulan berikhtiar dan menjalani kimoterapi (tak pernah aku lupa-amat menyakitkan) Alhamdulillah aku pulih sepenuhnya. Semuanya berfungsi dengan baik. Tidak terkata aku saat kali pertama mataku berkelip dan boleh mengalirkan air mata sehinggakan tak henti-henti mengalir, mungkin itulah stok air mata kerana sebulan aku menangis tanpa air mata. Terima kasih Ya Allah, syukur.

Allah itu Maha Kaya. Setelah aku diuji dengan hebatnya, Dia berikan aku rezeki yang aku impikan. Aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan di Universiti Teknologi Malaysia. Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk maju setapak ke hadapan bagi melengkapkan hidup aku. Satu hadiah yang amat beharga bagi menyembuhkan duka lalu. Kehidupan aku berubah kembali menjadi seorang pelajar, InsyaAllah akan aku gunakan peluang ini sebaik mungkin.

Diharapkan dengan kehadiran tahun 2011 akan mengajar aku lebih bersemangat untuk teruskan pengajian dan terus berani melangkah ke hadapan. Semestinya tahun baru ini membawa aku mara setapak dari segi umur menjadikannya 23 tahun .Bagi aku, zaman keseronokan sudah pun berlalu. Sekarang adalah masa untuk memikirkan dan merangka masa depan aku yang akan datang. 



Selamat  berlabuh 2010 dan Selamat Datang 2011~



mOhdbOb :: 2010 penuh makna, suka dan duka..2011 akan lebih bermakna!



4 ulasan: