SELAMAT MENJENGUK & TERIMA KASIH

Khamis, Oktober 21, 2010

biawak Oh biawak versi Bangau oh bangau ! !



biawak oh biawak
kenapa engkau lapar?
bagaimana aku tak lapar
itik tak bertelur (2x)

itik oh itik
kenapa kau tak bertelur?
bagaimana aku nak bertelur
rumput panjang sangat (2x)

rumput oh rumput
kenapa kau panjang sangat?
bagaimana aku tak panjang
kerbau tak makan aku (2x)

kerbau oh kerbau
kenapa tak makan rumput?
bagaimana aku nak makan
mata aku ngantuk (2x)

mata oh mata
kenapa engkau ngantuk?
bagaimana aku tak ngantuk
burung hantu kacau aku tido (2x)

burung hantu oh burung hantu
kenapa kacau kerbau tidur?
bagaimana aku tak kacau
perut aku lapar (2x)

perut oh perut
kenapa engkau lapar?
bagaimana aku tak lapar
tikus tak muncul-muncul (2x)

tikus oh tikus 
kenapa tak muncul-muncul?
bagaimana aku nak muncul
kucing tengah usya aku (2x)

kucing oh kucing
kenapa kau usya tikus?
bagaimana aku tak usya
memang makanan aku (2x)

mohdbob :: just for fun..sayang sepKAMI..!! jange dimaroh...HAHAHAHA
pokko aku xtau nk wat gano..haha

Jumaat, Oktober 08, 2010

Sajak 6 : masih ada




Berjuta pintalan benang hitam
ku tenung jauh tidak ku sentuh
semakin membenak tidak terputus
kadangkala mencabar rutinku


di kerusi ini hingga usang
masih lagi dengan kertas putih
tidak diusik benak dan akal
manakah menari pena di jari
umpama jarum halus di dalam tangan
tidak digenggam takut terluka

inginku conteng dengan warna
melakar tapak untuk bermula
senyum yang diukir bertukar senja
hanyut dibawa semakin jauh
mengharap esok masih ada

mungkinkah
esok dan lusa masih sama..??


mohdbob :: ape yg korg paham ngn sajak yg ak tulis nie?? ade mksud yg tersirat.. klau sape tau mmg die owg seni..hoho

Isnin, Oktober 04, 2010

credit to KRU STUDIO



Hari nie aku meluangkan masa untuk ke panggung walaupun asigment masih bertimbun. hehe. saja nak release tension sambil melayan karenah Iqram Meon (amik ati je). Engat nak tengok DEVIL tp MAGIKA macam best je, so kitorang pilih MAGIKA. Sebabnya nak layan citer yang ringan dan sempoi. 


KRU Studio bukanlah nama asing bagi kita, mengenali mereka dalam dunia perfileman melalui Filem superhero yang pertama di Malaysia (CICAKMAN) arahan Yusri Abdul Halim. Sebuah production house yang  sentiasa ke hadapan dan berani dalam menghasilkan karya-karya unik mereka. 

Filem MAGIKA adalah sebuah filem fantasi yang mana filem muzikal pertama terbitan KRU Studio yang iarahkan oleh Edry Abul Halim yang menggabungkan nama-nama besar dalam industri seni seperti Diana Daniel (Ayu) :: Fimie Don (Malik)  :: Mawi (Badang) :: Ziana Zain (nenek kebayan) :: Vanida Imran (Mahsuri) :: Aznil Hj Nawawi  Pak Pandir :: Ning Baizura (Puteri Gunung Ledang) :: Sabri Yunus (Bendahara) :: Saiful Apek (Hang Tuah) M. Nasir (Penunggu Gua) :: Zaibo (Pak Belalang) dn ramai lagi. Dimuatkan lagu-lagu yang dinyanyikan sendiri oleh pelakon-pelakon.





Filem muzikal ini berkisarkan pengembaraan Ayu 
mencari adiknya Malik  yang tersesat dan diculik 
oleh nenek kebayan di dunia fantasi MAGIKA.
 Sepanjang usaha pencariannya Ayu dibantu oleh Badang  
dan watak-watak lagenda melayu yang lain 
seperti Puteri Gunung Ledang , Pak Pandir  dan lain-lain.


Pada mulanya aku tidak berniat pun nak tonton filem nie sebab aku tak suka filem fantasi yang boleh dikatakan sebagai mengarut. Tapi sebaliknya, RM10 ku yang melayang amat berbaloi untuk filem romantik jenaka ini. Credit untuk KRU kerana telah menghasilkan satu filem yang mana menggabungkan watak-watak lagenda Malaya yang meninggalkan kesan kepada kita semua dari dulu sampai sekarang.

Watak Nenek Kebayan yang di bawa oleh Ziana Zain aku bagi 5 Bintang!! Dengan gaya dan mimik muka yang over berjaya menambat hati dan memberi kelainan bagi filem ini. Watak Bendahara (Sabri yunus) juga berkesan dengan dialek kelantannya walaupun hanya muncul seketika. Fimie Don (Malik) memang best!! menterjemahkan wataknya melalui emosi yang mantap.

Tetapi aku lihat ada sedikit kelemahan filem nie daripada watak utama iaitu Ayu (Diana Daniel) kerana agak lembik menyampaikan dialongya tapi tak kisahlah sebab die comel.huhu. Mawi (Badang) amat bersahaja melontarkan dialog tetapi agak kaku juga dalam beberapa scence.  Banyak watak yang boleh dikembangkan lagi untuk lebih menarik seperti Pak Belalang (Zaibo), Belalang (Haziq) dan Mahsuri (Vanida Imran).

Walaubagaimanapun aku suka filem nie. Aku bagi 5 BINTANG!!!! Filem Malaysia kedua ak bagi 5 star selepas Filem SEPI. Memang bersahaja lakonan setiap watak, menghiburkan melalui lagu-lagu yang dicipta (paling aku suka lagu part Bawang Merah n Bawang Putih jumpa Malik) dan bergelak ketawa dengan telatah mereka. Tahniah KRU STUDIO!!! kerana berani...xsabar nak tengok karya seterusnya (MERONG MAHAWANGSA) diharapkan akan turut memberikan kelainan.


mohdbob :: SAPE XTEGOK LAGI CEPAT2 TENGOK..BEST!!! UNTUK REALEASE TENSION DAN NAK GELAK KETAWA. SEGALA KOMEN ADALAH PENDAPAT PERIBADI mohdbob.





Ahad, Oktober 03, 2010

bersOsiaL bersama J dOubLe U bOo..



Pagi sabtu marin aku g serak ko BATU PAHAT, Johor
sajo bele2 g jenguk saem2 hok ado denuh
nok tgok segar ko demo, lagu mano idup denuh

alah g aku ikut jale lamo, lalu kut bandar2
hok ak engat bandar Yong Peng, Kulai nga Ayer Itam
lamo jugok perjalane nyoh dale seje stengoh
sajo bele2 nk kenal tepat ore (padehal nok lari ko tol)  haha
pah alah kelik baru g kut highway
keno tol 9.00 yal
xpo2 demi saem2 blako

mulo2 g amik MOHD AMER FUAD a.k.a bood**k
dio duk UTHM kolej kediaman Perwira
pah gi ko PARIT KARJO
nok jupo mato nga ROSNIFAZLI n NAZRI

kito sero hok 2 dh Parit Karjo pat demo nie duk likung 2


tepon ko WAN MOHD AZWAN FAZLEY xakat2
tidow kalih tp last2 akat gok, g alah ko umoh dio tame u


nk cerito sini kea panje
tgok lah gambar2 nih


karOk d summit mall
*amer duk nyanyi lagu Akulah kekasihmu (AXL)

tea ko amer blakow karok
..mugo kito sdiri soro xsedak
tp minat ado..haha








nie muko2 lapa tea nasik pah bangun tido





gamba nie peting pasal kawe tgoh jiwo 2




jauh menung
*supo itik hile telor jah



*Palie-adik-abemat



comel jugok pata nie tp namo pelik
Pantai Sungai Lurus

pata lg..sungai lagi..
haha

sedak lepok nga awok kito
xsero duk pat ore
nati smula2 ado kenaike kito g lagi
dok pon sek demo ejas nek JB
hahaha





mohdbob :: SORRY ARI NIE RASE MCM NK NULIS ENTRI KUT KELATE
HUHU


Jumaat, September 24, 2010

Pena & Kertas

Bila kali terakhir anda menulis menggunakan pen sepanjang lima perenggan atau lebih pada sehelai kertas? Bagi seorang pelajar tentu sekali masih melakukannya. Menulis karangan "aku sepasang kasut bola" sepanjang 120 patah perkataan atau mengarang teks syarahan "Belia Benci Dadah" untuk subjek Bahasa Melayu.Pada zaman yang berteknologi canggih ini, tidak ramai dikalangan kita yang meluangkan masa untuk menulis di atas selembar kertas kosong. mohdbob sendiri juga sudah lama tidak menulis, setakat salin note semasa lecture dan menjawab soalan final sahaja. Mengupdate blog pon mestilah menggunakan laptop. Almaklumlah laptop sekarang semakin murah dan jari pun sudah terbiasa menekan tombol-tombol huruf dibandingkan dengan memegang sebatang pen dan menari mengikut rentak huruf ke huruf untuk menyiapkan satu ayat.

"tulisan aku hodoh", 
"orang lain tak faham tulisan aku" 

respon daripada rakan-rakan mohdbob bila ditanya. Dunia sekarang dihujung jari, tekan sahaja sudah sampai maklumat seperti email dan facebook yang memang tidak memerlukan pen & kertas. Ada betulnya, cuba kita bayangkan berapa lama sesuatu berita itu sampai kalau zaman sekarang masih lagi berutusan surat. Teknologi memang memudahkan kita bekerja, berkomunikasi tetapi teknologi juga membataskan kita dan memaksa kita melupakan adat dan warisan kita tanpa kita sedari. 

Sebagai contoh yang mudah, cuba anda semua membandingkan kemeriahan "Hari Raya" zaman sekarang dan dahulu. Kalau dahulu, apabila bermulanya Bulan Ramadhan maka bermulalah sesi mencari, menulis dan menghantar kad raya. Setiap hari kita tertunggu-tunggu posmen datang membawa kad raya yang dihantar kawan-kawan. Dunia canggih sekarang, ucapan Hari Raya dibuat melalui email, facebook, myspace, blog, friendster dan sebagainya. Tetapi ada baiknya, zaman sekarang semua orang sibuk bekerja, mengejar harta dan tidak merugikan masa untuk melakukan kaedah konvensional itu. Teknologi juga menbawa kita ke arah melindungi alam sekitar dengan menghadkan pengeluaran kertas yang dihasilkan daripada kulit pokok.


Melalui entri ini, mohdbob hanya berkongsi pendapat daripada pemerhatian mata hati yang melihat kita semakin jauh dihanyutkan arus teknologi dunia tanpa batas. Sebelum adanya teknologi, pen & kertas telah lama bertapak dan berbakti kerana teknologi dicipta manusia yang juga menggunakan pen & kertas suatu masa dahulu.






MOHDBOB :: BAGAIMANA TULISAN ANDA? CANTIK ATAU BURUK?
MACAMANA PUN TULISAN ANDA, IA MELAMBANGKAN KEPERIBADIAN
DAN PERSONALITI ANDA. NK TENGOK TULISAN mohdbob?
* Datang jumpa sendiri



Khamis, September 23, 2010

Sajak 5 : Hatiku Menangis


Ya Allah
ketika hatiku menangis
hanya  Engkau yang mendengarnya
Engkaulah yang mengetahui isinya

ketika aku diduga kepayahan
Engkau memberi aku kekuatan
semangat untuk bangkit

ketika aku bersendirian
Engkau mendengar rintihanku
Engkau tenangkan aku melewatinya
mengajar aku kesabaran 

ketika aku buntu
Engkau tunjukkan haluan
Kau takkan biarku terpinga-pinga

Ya Allah
Engkaulah tempat aku 
merintih
mengadu
hatiku terasa begitu tenang mendampingiMu

Aku terlalu takut Tuhan
takut dengan amalku
 RahmatMu tidak terkira
syukurku seluas langit pun tak tercapai
aku menerima tanpa balas

Ya Allah
sesungguhnya aku berdosa
seringkali lalai
melupakanMu saatku bahagia
mencariMu dikala terhimpit

terimalah penyesalanku
ampunkan dosaku sebelum menutup mata
taubatku hanya padaMu

 Ya Allah
aku menangis kernaMu




Selasa, September 21, 2010

Payung Emas Kelantan


Tanggal 13 Setpember 2010 bersamaan 4 Syawal 1431 H
negeri Cik Siti Wan Kembang atau Kelantan Darul Naim menerima pemasyuran Sultan Baru.
Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra dimasyurkan sebagai Sultan Kelantan ke 29 di Istana Negeri, Kubang Kerian Kelantan.














TUANKU Muhammad Faris Petra menerima watikah pemasyuran daripada 
Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz


Salasilah Sultan Kelantan




DYMM Tuanku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra menggantikan ayahanda baginda yang masih lagi gering. Tuanku adalah seorang Raja yang bukan sahaja berjiwa rakyat tetapi berjiwa ulama'. Sering mengenakan jubah atau berpakaian biasa yang cukup sederhana dan berpelikat serta berkopiah putih untuk melawat rakyatnya menyebabkan tiada siapa menyangka lelaki segak itu adalah baginda Sultan pewaris takhta Kelantan.


 


TUANKU Sultan memandu sendiri kenderaan untuk melawat rakyat



 

BAGINDA selalu mengimamkan solat di masjid atau surau yang dilawatinya



Pembaharuan pertama
yang dititahkan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra adalah supaya seruan “Daulat Tuanku” digantikan dengan seruan “Allahu Akbar” 



mOhdbOb sebagai anak jati Negeri KELANTAN menyokong pemasyuran TUANKU dan mendoakan TUANKU  MUHAMMAD V
mendapat limpah dan rahmat serta dipanjangkan umur untuk terus memayungi negeri ini berlandaskan agama ISLAM bersama-sama Menteri Besar TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT, semoga Kelantan terus dilindungi oleh ALLAH s.w.t.
AMIN.. 


ALLAHU AKBAR..!!! 






MOHDBOB :: NANTIKAN ENTRI TERBARU MENGENAI PERIBADI & LATAR BELAKANG  TUANKU