Salam tahun baru 2011 yang baru menjengah hari ke 7 untuk suku pertama. Semua orang pastinya mencipta pelbagai azam dan impian baru untuk tahun ini. Ke ada yang masih ‘forward’ kan dari tahun lepas?? kOmpem ada..biasa lah tue, bukan tak tercapai tapi belum tercapai kan ? Keepidup…Hehe
Mungkin ada yang baru jatuh cinta di permulaan tahun ini? Atau ingin memulakan diari baru dalam percintaan yang lalu? Ke anda masih terkapai-kapai mencari cinta? CINTA?
Waah, kenapa tiba-tiba mohdbob bercakap soal cinta?? Pelik ke?!
Teng..teng..teng!
Haaaa..actually mohdbob baru je baca satu buku tajuknya “ Ya Allah, Aku Jatuh Cinta..” Karya Burhan Sodiq. Buku ini menceritakan tentang persepsi cinta dan bahasa cinta yang sebenarnya. Cukup menarik kan! Kerana ’CINTA’ memang satu topik bualan kita seharian dan menjadi medan perbahasan remaja sekarang. Tapi anda betul-betul ke mengenal cinta? Tahu apa itu cinta? Ya, memang cinta itu fitrah manusia, sememangnya semua orang jatuh cinta tapi cinta itu perlu jelas agar tidak disalah faham menjadi satu medium dosa. kOrang apa peduli kan! Mesti ada yang cakap ”ade aku kesah?” sepatutnya anda kisah!
Menurut buku terbitan Rijal Media itu, dalam bab Cinta Dari Sudut Psikologi membicarakan tentang cinta dari sudut seorang psikologi, Kelley, yang membahagikan cinta kepada tiga iaitu :
- Cinta Kerana Nafsu – hubungan antara dua orang atas nama cinta yang dikuasai oleh emosi yang berlebihan.
- Cinta Pragmatis – cinta yang mempunyai keseimbangan antara rasa suka dan duka, atau ada hubungan timbal balik.
- Cinta Altruistik – biasa dimiliki oleh ibu untuk anaknya dengan kasih sayang tidak terbatas.
Tetapi menurut Erich Fromm, seorang psikologi, cinta adalah memberi. Macamana? Kalau dilihat cinta zaman sekarang memang tepat dengan definisi Erich Fromm. Kenapa? Kan sekarang ramai perempuan yang ‘memberi’ apa saja pada si kekasihnya. Kan? Apa saja.! Dari sudut pemikiran Fromm, ada menjelaskan tentang memberi adalah ungkapan kemampuan atau potensi yang paling tinggi. Dengan melihat orang yang dicintai bahagia secara fizikal, psikik dan spiritual, maka kita pun akan bahagia. Ye ke? Walaupun kita yang menderita? Hah?
Dari teoti Robert Sternberg (1988), yang telah berusaha menghuraikan cinta dalam konteks hubungan antara dua orang, menyatakan cinta adalah sebuah kisah. Kisah yang ditulis oleh setiap orang. Kisah tersebut merefleksikan keperibadian, minat dan perasaan seseorang terhadap sesuatu hubungan. Huh! Pelbagai persepsi dan pandangan tentang cinta. Itu baru sebahagian, nak tau lebih banyak baca buku tue! Huhu
Bagi mOhdbOb cinta adalah satu perkara yang subjektif. Bukan semua orang boleh ungkapkan soal cinta. Kenapa subjektif? Sebab cinta lahir dari hati yang tulus, cinta perlu ikhlas dan menerima seadanya, cinta juga perlu adil dan toleransi. Setakat berkata sayang, i luv u, flying kiss kat mukabuku, adakah itu cinta?? Cinta mungkin datang dan pergi tetapi cinta pandang pertama itulah cinta! Kita akan sakit apabila kita menyayangi tetapi tidak disayangi, mencintai tetapi tidak dicintai, merindui tapi tidak dirindui, bahkan lebih sakit apabila perlu melupakan seseorang walhal kita tahu jika kita tidak disampingnya dia akan bahagia! Wah!! mOhdbOb ke nie? Hahaha
mOhdbOb :: Cinta itu Buta..?!! bila masa cinta ada mata? Wuahaha..yang penting Cinta pada Allah, Mak ayah, Rasulullah dan agama! Itu yang terbaik dalam cinta. Ingat!! Cinta untuk dinikmati bukan ditangisi.
gud job gewam! i love this!
BalasPadamterbaek nyah ! ngehee~
BalasPadamlike dis! betol 2. :)
BalasPadamtq2..bace buku tue..korang kn sedang asyik bercinta cintun! ita..!!! bace2..
BalasPadamaik? aku jewk? lalalalalala~
BalasPadam1 jewk bob . orang yang dah bercinta, xperlu baca buku cinta da bob . sebab . mereka sendiri dah berada di awang-awangan . orang yang belum merasai apa itu cinta i mean true love jewk yang mahu rasa perasaan 2 dgn membaca buku cinta . datz my opinion . bagi aku, org bercinta jarang baca buku cinta tp sebaliknya mengarang cerita cinta nya sendiri . am i wrong?
kena baca gak! kne taw apa itu centha! jgn men cinta je,,,tp kne paham! hahhaha
BalasPadam