SELAMAT MENJENGUK & TERIMA KASIH

Selasa, Januari 18, 2011

Dia 'kawan baik' saya



Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Tapi aku nak tukarlah ungkapan nie. Rezeki jangan ditolak dah betul. Musuh jangan dicari?  Musuh memang tak perlu dicari kan? Kat mana-mana pun ada. Even orang yang rapat dengan kita pun musuh, Musuh dalam selimut! Dunia sekarang memang tak boleh percaya. Semuanya dusta, lakonan belaka.




Bukan bermaksud aku nak laga-lagakan orang, tapi kita perlu berhati-hati. Orang yang kita rapat, baik dan selalu berkepit ke mana-mana mungkin musuh kita. Cuba korang fikir sapa yang paling korang rapat, tengok sekeliling perhatikan ’kawan baik’ korang! Roomate korang ker, housemate ker, bedmate ker..Haha.cuak!


Mungkin ’kawan baik’ korang sedang usya awek atau bopren korang! Hah! Padam muka korang, percaya sangat. Ataupun ’kawan baik’ korang tengah lagakan korang, kutuk korang kat belakang. Tak mustahil. Kita semua manusia lah, tak ada yang sempurna. Sifat hasad dengki kompem ada! Korang pon kan! Tak boleh tengok ’kawan’ senang, ada je plan nak rosakkan.



Tak semua macam tue tapi bukan bermakna tak ada. Mesti ada, mana-mana pun ada. Orang macam nie kita panggil ’kawan makan kawan’ atau lebih lembut dan sastera sikit, ’tikam dari belakang’. Kat depan korang bukan main baik, bak kata orang pijak semut tak mati tapi belakang korang pijak gajah lagi. Hey kawan! Baik tikam ngan pisau je lah, rasa sakit kejap je nanti matilah.


Kawan yang baik tak semestinya selalu belanja korang makan, selalu tolong korang buat asigment, selalu bagi korang jawapan time final exam, selalu backup korang bila gaduh, tapi kawan yang baik adalah kawan yang ada dengan korang susah dan senang. Boleh buat korang gelak time senang dan buat korang ketawa time susah. Itulah kawan! Kalaulah kita tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula kita menambah dukanya.


Kadangkala kita patut bekorban supaya orang lain dapat merasai kemanisan hidup. Korang penah tengok movie SAW tak? Alah, citer pasal game yang kejam dan ngeri tue. Cuba korang bayangkan kalau korang dan ‘kawan baik’ dikurung dalam satu bilik, korang diikat dengan tali gantung dan satu cara je korang nak lepaskan diri dengan belah perut ‘kawan baik’ korang tuk ambil kunci dan buka tali tue. Kalau tidak, ‘kawan baik’ korang akan tengok korang mati digantung.! Apa korang buat? Fikirkan. Anda ada 60 saat dari sekarang!!


mOhdbOb :: kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis? Meraunglah korang sendiri!


Jumaat, Januari 14, 2011

1 + 1 = 3


Hari nie kita main teka-teki matematik pulak. Nak? 1 + 1 = ? tau tak? Yer ke 2. jawapannya memang 2 ke? Habis macamana kalau ada yang jawab 3? Salah? Eh, member aku tue pandai orangnye, tak kan jawapan dia salah. Memang dia jawab 3! mOhdbOb bukannya pandai pun math, sekolah rendah dulu selalu kena balun kat cikgu, nama dia Cikgu Azmi! Cikgu Azmi! Bila sekolah menengah lak ponteng kelas. Haha. Tapi setakat 1 + 1 tak kan tak tahu, anak jiran aku darjah satu, Nazrin pun boleh jawab. Eleh...senang sangat katanya. Ye tak?

Tapi kali nie bukan soal jawapan pada soalan math tue yang nak dibincangkan. Mungkin ada jawab 3, 4, 5, 10 kan? Tapi kenapa? Kenapa tak sama? Memang jawapan untuk 1 +1 adalah 2. Tapi macamana yang jawab 3? Mereka itulah yang berfikir di luar kotak. Huh! Ada lagi yang tak puas hati ke? Apa nie, orang yang berfikir di luar kotak orang yang bijak pandai tapi terang-terang 1 + 1 jawapannya 2, kan bodoh kalau jawab 3! Hahaha.

Berfikir di luar kotak atau omputihnya kata ”thinking outside the box” adalah seorang yang luar biasa. Tapi bagaimana? Macam nie?

dapatkan lagi kartun menarik di cartoonrama


Berfikir di luar kotak perlukan kreativiti dalam pemikiran, menyelesaikan setiap masalah yang timbul dari pelbagai sudut. Salah satu caranya adalah rajin bertanya! Apa saja yang yang boleh ditanya, tanyalah! Orang tua-tua kata malas bertanya sesat jalan kan! Menurut pakar motivasi Anthony Robbins, hidup anda akan bertambah baik selaras dengan soalan-soalan yang anda tanya pada diri anda. Dengan bertanyakan soalan, ia melatih anda untuk berfikir. Tapi jangan tanya soalan bodoh, nampak sangat korang bodoh!

Actually, dialog kita seharian pon menunjukkan kita dah berfikir di luar kotak. Contohnya, ”aduh...banyaknya nak kena isi borang, kenapa tak buat online je?” nampak? Ataupun ”fuhh! Brader tue jual nasi lemak je tapi boleh pakai X5” contoh! Semua orang boleh, tapi kenapa ada yang berjaya dan tak? Orang yang berjaya orang yang seronok berada di luar kotak tapi orang yang tak mahu berubah merasakan di luar kotak terlalu rumit dan bermasalah, so lebih selesa berada di dalam. Itu saja bezanya! Terima secara positif atau bersikap negatif, itu sempadannya! Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.


mOhdbOb :: amat mengagumi pemikiran di luar kotak Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Sabtu, Januari 08, 2011

hidup ini macam dadu


"nasib ditentukan macam maen dadu??" macam penah dengar kan? Kat mana? Blog? Owh yer..Hidup Ini Macam Dadu, blog si paroy ridhy kan! Menarik bukan? Tapi ye ke paroy? Ko memang selalu mengarut! 





Entri kali nie mohdbob buat spesel tuk si capang tue. Nak menjawab soalan dia. Betul ke nasib ditentukan macam main dadu? Mohdbob sendiri pun dah lama tak main permainan guna dadu neh. Korang pon kan? Dulu selalu je main saidina, jutaria, dam ular kan! Setiap kali nak lempar dadu mesti baca bismillah, buat-buat baca ayat jampi sikit tapi tak menjadi pun. Yang penting ada skill..! Haha

Pelbagai persepsi kita pada pernyataan tersebut, bak kata si budak nogori tue, rambut sama hitam tapi hati lain-lain, pemikiran dan tafsiran pun lain. Dari sudut pandangan mohdbob, nilai pada dadu bukanlah penentu dalam permainan. jika kita mendapat nilai 6, memang kita akan lebih mara dari pesaing tetapi tidak semestinya kita menang. Yelaa mohdbob, tapi kita terlebih dahulu menghampiri penamat. Yes!! Betul. Tapi adakah kita lupa dam ular semestinya ada ularnya, kang kene yang panjang dari petak 82 turun ke petak 18. Hah! Kalau saidina ada jail, tak pun kena petak keputusan lalu terpaksa undur 3 langkah. Haha.

Sebenarnya semua permainan itu mengajar kita bersabar dan bangkit apabila jatuh. Sekali kita terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali. Untuk mencapai sesuatu yang diinginkan mesti ada jatuh bangunnya, bukan senangkan? Walaupun kita dah di petak 96 mungkin kita akan singgah di petak ular dan jatuh jauh ke belakang. Tapi tangga ada kan! Nanti naiklah. Itulah satu usaha dan kita sememangnya takkan mengaku kalah dengan lawan sehinggakan ada yang sampai ke petak 100 dan menang! Dia yang menang, kita tetap kalah! So, bangkitlah!! Kita pun boleh buat apa yang mereka buat, jangan kata korang ade yang tak penah menang main dam ular. Tak caya lah, even sekali pun mesti ada. Kalau tak penah jugak, jom main!

Bercakap soal nasib, memanglah kita ada qadaq dan qadar tapi Allah ada berfirman maksudnya, “Allah tidak mengubah nasib kaum itu melainkan dia mengubah nasib dirinya” setiap perjalanan kita di muka bumi-Nya telahpun diatur dari segi rezeki, jodoh, ajal dan maut. Tapi ingat! Bukan bermakna kita perlu berserah tanpa sebarang usaha. Biasa kita dengar orang cakap usaha, dan tawakkal bukannya tawakkal dan usaha. Nampak beza kan?




Hidup ini memang macam dadu. Kita sentiasa mengharapkan mendapat nilai 6 untuk terus ke depan dengan harapan akan menang, tetapi nilai 1 juga amat bernilai jika kita di petak 99 kan? Nasib juga ditentukan macam main dadu! Kadang-kadang kita beroleh kesenangan tetapi kita lupa kesenangan itu tidak kekal, kita kecewa bila gagal ibarat sentiasa mendapat nilai 1 pada dadu padahal nilai 1 itulah memberi kita corak untuk melangkah dan terus mara. Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana.

Terbaeklah paroy!


mOhdbOb :: Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.



Senang pasti datang!


Pernah tak korang fikir hidup ini senang? Atau sentiasa merungut kerana hidup anda  tak senang? mahu mencari kesenangan? Bukan senang pakcik makcik nak senang!

Kalau anda senang dan bahagia memanjang, jangan tak tahu yang anda sentiasa diintai susah? Tunggu sajalah masanya, akan sampai. Hidup ini penuh dengan keadilan, ia bagaikan putaran roda.



Even kita memandu pun, kita akan jumpa jalan yang jem, lubang, jalan bengkang bengkok. Kan? Tak senang. Tapi mungkin anda pernah jumpa jalan yang lengang dan senang untuk anda sampai ke destinasi. Pernah? Tentu pernah, kalau tak pernah tunggulah akan pernah.

Sebab itu mohdbob kata hidup ini tak senang, tapi senang pasti datang! Nak cari kawan bila susah pun bukan senang, mereka lebih senang jika kita senang dan mereka dengan senang mendekati kita yang senang. Itu bukan kawan, tapi haiwan!

Walau apa sekalipun keadaan yang menyulitkan, pandanglah dari sudut positif. boleh? Memang sukar tapi tetap boleh. Sanggup ke kita bersabar dan memaafkan orang yang membuat salah? Sulit bukan? Memang nabi ampunkan umatnya tapi nabi itu perfect. Kita bukan nabi, tapi cubalah fikir positifnya. Contohi sifat nabi!

Sentiasa setting kan minda kita perkara yang baik, kalau kita set kan minda kita esok kelas batal, maka tak bangunlah kita esoknya. So, setiap perkara yang kita lalui cuba kita set kan ianya ’senang’ pasti senang. Seperti yang kita telah set kan minda kita bahawa makan itu senang, bercakap senang, berjalan senang, kutuk orang dan mengumpat senang, maka semuanya senang kan! Hari-hari kita lakukannya dengan senang.

Kenapa kita sentiasa mencari masalah sedangkan ada lagi perkara lain yang lebih membahagiakan kita. Hidup senang bukan beerti kita senang. Kita akan hidup senang apabila kita senang bukan? Untuk hidup senang kita perlu merasa susahnya dahulu, kalau terus senang apa gunanya usaha. Usah ditenung mentari terbenam, ia akan menyakitkan mata, renunglah cahaya bulan, walaupun suram ia lebih indah dan bermakna.



mOhdbOb :: bukan senang nak menulis tapi terus berusaha dan mencuba untuk menyenangkan orang lain. Terima kasih pada semua pengunjung blog mOhd bOb yang senang dengan tulisannya! wahahaha


Jumaat, Januari 07, 2011

Ya Allah, aku jatuh cinta??!!


Salam tahun baru 2011 yang baru menjengah hari ke 7 untuk suku pertama. Semua orang pastinya mencipta pelbagai azam dan impian baru untuk tahun ini. Ke ada yang masih ‘forwardkan dari tahun lepas?? kOmpem ada..biasa lah tue, bukan tak tercapai tapi belum tercapai kan? Keepidup…Hehe

Mungkin ada yang baru jatuh cinta di permulaan tahun ini? Atau ingin memulakan diari baru dalam percintaan yang lalu? Ke anda masih terkapai-kapai mencari cinta? CINTA?
Waah, kenapa tiba-tiba mohdbob bercakap soal cinta?? Pelik ke?!
Teng..teng..teng!



Haaaa..actually mohdbob baru je baca satu buku tajuknya “ Ya Allah, Aku Jatuh Cinta..” Karya Burhan Sodiq. Buku ini menceritakan tentang persepsi cinta dan bahasa cinta yang sebenarnya. Cukup menarik kan! Kerana ’CINTA’ memang satu topik bualan kita seharian dan menjadi medan perbahasan remaja sekarang. Tapi anda betul-betul ke mengenal cinta? Tahu apa itu cinta? Ya, memang cinta itu fitrah  manusia, sememangnya semua orang jatuh cinta tapi cinta itu perlu jelas agar tidak disalah faham menjadi satu medium dosa. kOrang apa peduli kan! Mesti ada yang cakap ”ade aku kesah?” sepatutnya anda kisah!

Menurut buku terbitan Rijal Media itu, dalam bab Cinta Dari Sudut Psikologi membicarakan tentang cinta dari sudut seorang psikologi, Kelley, yang membahagikan cinta kepada tiga iaitu :

  • Cinta Kerana Nafsu – hubungan antara dua orang atas nama cinta yang dikuasai oleh emosi yang berlebihan.
  • Cinta Pragmatis – cinta yang mempunyai keseimbangan antara rasa suka dan duka, atau ada hubungan timbal balik.
  • Cinta Altruistik – biasa dimiliki oleh ibu untuk anaknya dengan kasih sayang tidak terbatas.


Tetapi menurut Erich Fromm, seorang psikologi, cinta adalah memberi. Macamana? Kalau dilihat cinta zaman sekarang memang tepat dengan definisi Erich Fromm. Kenapa? Kan sekarang ramai perempuan yang ‘memberi’ apa saja pada si kekasihnya. Kan? Apa saja.! Dari sudut pemikiran Fromm, ada menjelaskan tentang memberi adalah ungkapan kemampuan atau potensi yang paling tinggi. Dengan melihat orang yang dicintai bahagia secara fizikal, psikik dan spiritual, maka kita pun akan bahagia. Ye ke? Walaupun kita yang menderita? Hah?


Dari teoti Robert Sternberg (1988), yang telah berusaha menghuraikan cinta dalam konteks hubungan antara dua orang, menyatakan cinta adalah sebuah kisah. Kisah yang ditulis oleh setiap orang. Kisah tersebut merefleksikan keperibadian, minat dan perasaan seseorang terhadap sesuatu hubungan. Huh! Pelbagai persepsi dan pandangan tentang cinta. Itu baru sebahagian, nak tau lebih banyak baca buku tue! Huhu


Bagi mOhdbOb cinta adalah satu perkara yang subjektif. Bukan semua orang boleh ungkapkan soal cinta. Kenapa subjektif? Sebab cinta lahir dari hati yang tulus, cinta perlu ikhlas dan menerima seadanya, cinta juga perlu adil dan toleransi. Setakat berkata sayang, i luv u, flying kiss kat mukabuku, adakah itu cinta?? Cinta mungkin datang dan pergi tetapi cinta pandang pertama itulah cinta! Kita akan sakit apabila kita menyayangi tetapi tidak disayangi, mencintai tetapi tidak dicintai, merindui tapi tidak dirindui, bahkan lebih sakit apabila perlu melupakan seseorang walhal kita tahu jika kita tidak disampingnya dia akan bahagia! Wah!! mOhdbOb ke nie? Hahaha


mOhdbOb :: Cinta itu Buta..?!! bila masa cinta ada mata? Wuahaha..yang penting Cinta pada Allah, Mak ayah, Rasulullah dan agama! Itu yang terbaik dalam cinta. Ingat!! Cinta untuk dinikmati bukan ditangisi.