salam hormat,
Entri kali ini aku nak kongsi satu cerita pasal lilin. 4 batang lilin yang sedang menyala menerangi satu ruang dari kegelapan. Tiba-tiba lilin pertama memadamkan dirinya.
"aku adalah kesetiaan, namun manusia sekarang tak mampu memelihara aku" katanya.
Seterusnya lilin kedua memadamkan dirinya. Lalu berkata
"aku adalah kasih sayang, manusia tak mahu mengenali aku lagi lebih baik aku padam"
"aku adalah cinta, manusia tidak lagi menganggap aku berguna" kata lilin ketiga.
Tanpa terduga, seorang kanak-kanak masuk ke ruang tersebut dan menangis ketakutan kerana gelap.
"kenapa lilin terpadam?" tanya kanak-kanak itu.
"aku takut kegelapan, tolonglah menyala semula" tambahnya lagi.
Lalu, lilin keempat bersuara.
"jangan takut, jangan menangis. Selagi aku ada, aku akan dapat menyalakan ketiga-tiga lilin itu"
"akulah H A R A P A N !"
Dengan gembira dan bersemangat, kanak-kanak itu mengambil lilin H A R A P A N lalu menyalakan ketiga-tiga lilin yang padam itu.
Apa yang tidak pernah mati hanyalah H A R A P A N.
yang senantiasa ada dalam hati kita. Apa pun yang terjadi, H A R A P A N akan mengembalikan semula semangat kita yang terpadam. Dengan H A R A P A N, Kesetiaan, Kasih Sayang dan Cinta masih lagi mampu memberi khidmatnya pada kanak-kanak itu.
yang senantiasa ada dalam hati kita. Apa pun yang terjadi, H A R A P A N akan mengembalikan semula semangat kita yang terpadam. Dengan H A R A P A N, Kesetiaan, Kasih Sayang dan Cinta masih lagi mampu memberi khidmatnya pada kanak-kanak itu.
mOhdbOb :: mengharapkan sinar harapan masih lagi boleh bertahan untuk sekian lamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan