SELAMAT MENJENGUK & TERIMA KASIH

Sabtu, Julai 02, 2011

Mencari anjal waktu



Kesibukan rutin sudah melampaui batas. Adakalanya aku bosan kehidupan harian sebegini. Hati meronta-ronta inginkan kedamaian. Tubuh menggelupur mencari situasi baru yang lebih selesa. 

Percutian yang aku rangkakan masih tidak menjadi. Halangan demi halangan tak mampu ku batasi. Impikan satu suasana damai dan sunyi sepi jauh dari semua ini. Melihatkan poket yang berisi not-not biru semakin nipis, aku mula membuat percaturan baru. Entah tercapai ke tidak.

Ingin saja mengembara seperti Paul Theroux. Merentasi Asia dalam keretapi persis karyanya The Great Railway Bazaar (1975). Ataupun menguji ketahanan fizikal dan mental melangsungkan hidup di Benua Antartika seperti Bear Grylls. Tapi itu semua mustahil. Dapat bercuti di Pulau Perhentian pun dah jadi satu kepuasan buat aku. Menghirup secawan kopi di gigi pantai dan menyambar sarapan bertikar pepasir putih sungguh hebat! Hanya yang perlu adalah anjal waktu dari sisa putaran harianku. 

mOhdbOb :: not biru itu hanyalah RM1..hehe

2 ulasan: