SELAMAT MENJENGUK & TERIMA KASIH

Jumaat, Julai 01, 2011

norma harian


Menghampiri pagi Ahad, sering menyempitkan dada. Timbunan fail gagah yang menggunung di atas meja menjadi trauma. Tarikh hantar "payment" menjerit-jerit pohon disiapkan segera. Sakitnya dihimpit suasana kamar batu. 



Setiap pagi sering bermula dengan azam dan kesungguhan yang membuak-buak. Sesampai di kamar batu, belum pun sempat melabuhkan punggung di kerusi empuk mata bermaharajalela. Terpaku melihat "due date" dan timbunan fail serta surat-surat masuk yang menjadi hamparan meja. Tubuh serta-merta layu dan dahagakan secawan nescafe 'o'. Kaki yang lemah tadi menjadi gagah melangkah keluar mencari sebiji dua kuih untuk sarapan.


mOhdbOb :: sarap ngn nasi kerabu Che yOhs cafe sedap!!


2 ulasan: