SELAMAT MENJENGUK & TERIMA KASIH

Khamis, Julai 28, 2011

secawan kopi


Sudah lama aku tidak rasa nikmat menghirup kopi panas. Setiap kali menerjah mana-mana kedai, pasti tea 'o' ais yang di order. Mungkin sebab senang dan cepat. Senang untuk menyebut dan cepat disediakan. 

Tiba-tiba hari ini aku bernafsu untuk menghirup kopi. Lega rasanya tekak yang mengidam. Mengikut fakta, kopi biasanya diminum oleh mereka yang berumur 40 ke atas. Wah! tua ke aku? terus menjadi persoalan. Itu fakta di atas kertas ok! 

Lagi sedikit fakta! Kopi adalah minuman utama di seluruh dunia.  Mula di minum pada Abad ke-9 lagi. Pertama kali ditemui di tanah tinggi Etiopia. Sekarang, AS adalah pasaran kopi terbesar per kapita. 

Kalau kita perhatikan, di negara kita sudah berlambak-lambak kopi. Pelbagai jenis dan ramuan tambahan. Tongkat ali. Kacip Fatimah. Kopi jantan. Kopi janda. Kopi dara. Ada ke? Tak dikira lagi yang masukkan ramuan susu kambing, halia. 

Fenomena kopitiam juga sudah merasuk kita. Pelbagai jenama, konsep dan tawaran. Yang penting harga macam tukar tiub motor. Tapi penuh juga kan? Mungkin sebab selesa, ada wifi dan skrin besar. Sekali-sekala merasai nikmat kopi kampung di warung kopi memang dasyat. Berbekalkan 60sen (Kelantan) sudah memadai.

Dunia memang makin ke depan. Tapi tetap bermula dari belakang. Secawan kopi boleh mengenal erti sahabat. Percayalah!

mOhdbOb :: Nak try kopi janda sekali. . .heeee

 

2 ulasan:

  1. mu mana minum kopi bob..mu minum tea o beng..dengan segelas tea o beng aku melipakk di kedai kopi berjam jam.kahkah

    BalasPadam
  2. meme! mu raja melipak..ak g mnum kopi kda kg ak jak..sedap gilooo!!!

    BalasPadam