SELAMAT MENJENGUK & TERIMA KASIH

Jumaat, April 15, 2011

H A R A P A N


salam hormat,
Entri kali ini aku nak kongsi satu cerita pasal lilin. 4 batang lilin yang sedang menyala menerangi satu ruang dari kegelapan. Tiba-tiba lilin pertama memadamkan dirinya. 

"aku adalah kesetiaan, namun manusia sekarang tak mampu memelihara aku" katanya.


Seterusnya lilin kedua memadamkan dirinya. Lalu berkata 


"aku adalah kasih sayang, manusia tak mahu mengenali aku lagi lebih baik aku padam"

"aku adalah cinta, manusia tidak lagi menganggap aku berguna" kata lilin ketiga.

Lalu memadamkan dirinya. Ketiga-tiga lilin yang kecewa telah terpadam. Ruang tersebut agak suram kerana hanya satu sahaja lilin yang masih bernyala.






Tanpa terduga, seorang kanak-kanak masuk ke ruang tersebut dan menangis ketakutan kerana gelap.


"kenapa lilin terpadam?" tanya kanak-kanak itu.
"aku takut kegelapan, tolonglah menyala semula" tambahnya lagi.

Lalu, lilin keempat bersuara.

"jangan takut, jangan menangis. Selagi aku ada, aku akan dapat menyalakan ketiga-tiga lilin itu"
"akulah H A R A P A N !" 

Dengan gembira dan bersemangat, kanak-kanak itu mengambil lilin H A R A P A N lalu menyalakan ketiga-tiga lilin yang padam itu.

Apa yang tidak pernah mati hanyalah H A R A P A N.
yang senantiasa ada dalam hati kita. Apa pun yang terjadi,   
H A R A P A N   akan mengembalikan semula semangat kita yang terpadam. Dengan H A R A P A N, Kesetiaan, Kasih Sayang dan Cinta masih lagi mampu memberi khidmatnya pada kanak-kanak itu.


mOhdbOb :: mengharapkan sinar harapan masih lagi boleh bertahan untuk sekian lamanya.


Ahad, April 10, 2011

siput yang Hebat


Salam sahabat,
Siput. Anda jijik dengan haiwan ni?! menggelikan? Walaupun ia kecil, jijik dan menggelikan tetapi kita sebagai manusia boleh belajar pelbagai perkara dari makhluk SIPUT ini. Kadang-kadang kita perlu juga melihat haiwan, tumbuhan dan alam ini sebagai satu motivasi pada kita. Segala ciptaan Allah di alam ini tiada yang sia-sia.

Jika disebut "siput" mungkin yang terlintas di fikiran anda semua adalah binatang yang lembab, mengengsot dan berlendir. Kali ini aku cuba kaitkan sifat dan perbuatan seekor siput sebagai motivasi hidup kita.


Beliau adalah seekor SIPUT


Berfikir sebelum Bertindak

mencari jalan penyelesaian

Berani Mencuba

Kreatif

Sabar Bertahan

Tabah dan Cekal

Akhirnya....



mOhdbOb :: Siput lembab tapi tabah mengengsot untuk teruskn hidup!!



erti hidup pada memberi



Salam semua sahabat blogger. 
Mungkin ada yang pernah dengar ungkapan ini "erti hidup pada memberi". Kita sebagai seorang manusia tidak pernah lekang dari masalah terutamanya masalalah kewangan. Aku sendiri pon tengah pokai tahap kedaun neyh. itulah, masa ada duit tak hengat belanja. marah diri sendiri. huh!



Sebenarnya, apa yang ingin dikongsi kali ini adalah sifat memberi lebih baik dari menerima. ada sesetengah orang hanya tahu menerima tanpa memberi. ada juga yang selalu memberi, tapi ikhlas ker?! bukan nak persoalkan tapi setiap apa yang kita beri mestilah nawaitu ikhlas kerana Allah dan jangan  harapkan balasan. 

Kita kena ingat! Allah itu Maha Pemurah. Walaupun kita tidak akan mendapat balasan dari orang yang kita beri, InsyaAllah kita akan menerimanya dari orang lain. Itulah konsep kitaran hidup. Kitaran kebaikan akan terus berterusan tanpa kita duga. Walaupun hanya bermodalkan RM1, Allah akan bagi kita lebih daripada itu. Hari ini kita senang, mungkin esok kita susah! 

Orang yang senang memberi akan disenangi oleh orang sekeliling anda. Tapi orang yang senang memberi juga amat senang untuk dipergunakan. Ingat! Hidup ini ada kitarannya!! Fikir-fikirkanlah.


mOhdbOb :: Jadikan tangan anda sebagai tangan yang memberi sebelum saat anda menerima.

Khamis, Mac 10, 2011

hai. . hai. .


Salam, lame dh xmengupdate blog neh! actually bukan bz sgat pon tp malas..(dh taw mls xyah nk ade2 blog) . hahaha..ak wat blog nie dlu pun skadar suke2..nk kongsi pe yg patut..byk citer sbnarnye tp xtaw ble nk tulis.. tp ade 3 entry dh aku siapkan..dh bersawang dh simpan tp xpublish2 lg..satu pasal mber ak..tribute r tuk arwah member ak..xupload ag sbb tgah memcari pic dye yg sesuai..huhu..satu lg aku cube tulis citer, ala2 novel kot! xde r..cter biase2 je tajuknya "tersungkur di pintu neraka"..wow! hebatkan tajuk tp...cam xleh nk publish ag..ade yg xkena ngn citer tue. berhantu ckit! hahah..smpai skrg proses edit balik..tgok r cmne..ape2 pon mohdbob still hidup dan bernyawa lg..cuma karya yg xidup..haha..

sekian 


mOhdbOb :: actually xsbar nk upload "tersungkur di pintu neraka"..

Selasa, Januari 18, 2011

Dia 'kawan baik' saya



Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Tapi aku nak tukarlah ungkapan nie. Rezeki jangan ditolak dah betul. Musuh jangan dicari?  Musuh memang tak perlu dicari kan? Kat mana-mana pun ada. Even orang yang rapat dengan kita pun musuh, Musuh dalam selimut! Dunia sekarang memang tak boleh percaya. Semuanya dusta, lakonan belaka.




Bukan bermaksud aku nak laga-lagakan orang, tapi kita perlu berhati-hati. Orang yang kita rapat, baik dan selalu berkepit ke mana-mana mungkin musuh kita. Cuba korang fikir sapa yang paling korang rapat, tengok sekeliling perhatikan ’kawan baik’ korang! Roomate korang ker, housemate ker, bedmate ker..Haha.cuak!


Mungkin ’kawan baik’ korang sedang usya awek atau bopren korang! Hah! Padam muka korang, percaya sangat. Ataupun ’kawan baik’ korang tengah lagakan korang, kutuk korang kat belakang. Tak mustahil. Kita semua manusia lah, tak ada yang sempurna. Sifat hasad dengki kompem ada! Korang pon kan! Tak boleh tengok ’kawan’ senang, ada je plan nak rosakkan.



Tak semua macam tue tapi bukan bermakna tak ada. Mesti ada, mana-mana pun ada. Orang macam nie kita panggil ’kawan makan kawan’ atau lebih lembut dan sastera sikit, ’tikam dari belakang’. Kat depan korang bukan main baik, bak kata orang pijak semut tak mati tapi belakang korang pijak gajah lagi. Hey kawan! Baik tikam ngan pisau je lah, rasa sakit kejap je nanti matilah.


Kawan yang baik tak semestinya selalu belanja korang makan, selalu tolong korang buat asigment, selalu bagi korang jawapan time final exam, selalu backup korang bila gaduh, tapi kawan yang baik adalah kawan yang ada dengan korang susah dan senang. Boleh buat korang gelak time senang dan buat korang ketawa time susah. Itulah kawan! Kalaulah kita tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula kita menambah dukanya.


Kadangkala kita patut bekorban supaya orang lain dapat merasai kemanisan hidup. Korang penah tengok movie SAW tak? Alah, citer pasal game yang kejam dan ngeri tue. Cuba korang bayangkan kalau korang dan ‘kawan baik’ dikurung dalam satu bilik, korang diikat dengan tali gantung dan satu cara je korang nak lepaskan diri dengan belah perut ‘kawan baik’ korang tuk ambil kunci dan buka tali tue. Kalau tidak, ‘kawan baik’ korang akan tengok korang mati digantung.! Apa korang buat? Fikirkan. Anda ada 60 saat dari sekarang!!


mOhdbOb :: kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis? Meraunglah korang sendiri!


Jumaat, Januari 14, 2011

1 + 1 = 3


Hari nie kita main teka-teki matematik pulak. Nak? 1 + 1 = ? tau tak? Yer ke 2. jawapannya memang 2 ke? Habis macamana kalau ada yang jawab 3? Salah? Eh, member aku tue pandai orangnye, tak kan jawapan dia salah. Memang dia jawab 3! mOhdbOb bukannya pandai pun math, sekolah rendah dulu selalu kena balun kat cikgu, nama dia Cikgu Azmi! Cikgu Azmi! Bila sekolah menengah lak ponteng kelas. Haha. Tapi setakat 1 + 1 tak kan tak tahu, anak jiran aku darjah satu, Nazrin pun boleh jawab. Eleh...senang sangat katanya. Ye tak?

Tapi kali nie bukan soal jawapan pada soalan math tue yang nak dibincangkan. Mungkin ada jawab 3, 4, 5, 10 kan? Tapi kenapa? Kenapa tak sama? Memang jawapan untuk 1 +1 adalah 2. Tapi macamana yang jawab 3? Mereka itulah yang berfikir di luar kotak. Huh! Ada lagi yang tak puas hati ke? Apa nie, orang yang berfikir di luar kotak orang yang bijak pandai tapi terang-terang 1 + 1 jawapannya 2, kan bodoh kalau jawab 3! Hahaha.

Berfikir di luar kotak atau omputihnya kata ”thinking outside the box” adalah seorang yang luar biasa. Tapi bagaimana? Macam nie?

dapatkan lagi kartun menarik di cartoonrama


Berfikir di luar kotak perlukan kreativiti dalam pemikiran, menyelesaikan setiap masalah yang timbul dari pelbagai sudut. Salah satu caranya adalah rajin bertanya! Apa saja yang yang boleh ditanya, tanyalah! Orang tua-tua kata malas bertanya sesat jalan kan! Menurut pakar motivasi Anthony Robbins, hidup anda akan bertambah baik selaras dengan soalan-soalan yang anda tanya pada diri anda. Dengan bertanyakan soalan, ia melatih anda untuk berfikir. Tapi jangan tanya soalan bodoh, nampak sangat korang bodoh!

Actually, dialog kita seharian pon menunjukkan kita dah berfikir di luar kotak. Contohnya, ”aduh...banyaknya nak kena isi borang, kenapa tak buat online je?” nampak? Ataupun ”fuhh! Brader tue jual nasi lemak je tapi boleh pakai X5” contoh! Semua orang boleh, tapi kenapa ada yang berjaya dan tak? Orang yang berjaya orang yang seronok berada di luar kotak tapi orang yang tak mahu berubah merasakan di luar kotak terlalu rumit dan bermasalah, so lebih selesa berada di dalam. Itu saja bezanya! Terima secara positif atau bersikap negatif, itu sempadannya! Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.


mOhdbOb :: amat mengagumi pemikiran di luar kotak Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Sabtu, Januari 08, 2011

hidup ini macam dadu


"nasib ditentukan macam maen dadu??" macam penah dengar kan? Kat mana? Blog? Owh yer..Hidup Ini Macam Dadu, blog si paroy ridhy kan! Menarik bukan? Tapi ye ke paroy? Ko memang selalu mengarut! 





Entri kali nie mohdbob buat spesel tuk si capang tue. Nak menjawab soalan dia. Betul ke nasib ditentukan macam main dadu? Mohdbob sendiri pun dah lama tak main permainan guna dadu neh. Korang pon kan? Dulu selalu je main saidina, jutaria, dam ular kan! Setiap kali nak lempar dadu mesti baca bismillah, buat-buat baca ayat jampi sikit tapi tak menjadi pun. Yang penting ada skill..! Haha

Pelbagai persepsi kita pada pernyataan tersebut, bak kata si budak nogori tue, rambut sama hitam tapi hati lain-lain, pemikiran dan tafsiran pun lain. Dari sudut pandangan mohdbob, nilai pada dadu bukanlah penentu dalam permainan. jika kita mendapat nilai 6, memang kita akan lebih mara dari pesaing tetapi tidak semestinya kita menang. Yelaa mohdbob, tapi kita terlebih dahulu menghampiri penamat. Yes!! Betul. Tapi adakah kita lupa dam ular semestinya ada ularnya, kang kene yang panjang dari petak 82 turun ke petak 18. Hah! Kalau saidina ada jail, tak pun kena petak keputusan lalu terpaksa undur 3 langkah. Haha.

Sebenarnya semua permainan itu mengajar kita bersabar dan bangkit apabila jatuh. Sekali kita terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali. Untuk mencapai sesuatu yang diinginkan mesti ada jatuh bangunnya, bukan senangkan? Walaupun kita dah di petak 96 mungkin kita akan singgah di petak ular dan jatuh jauh ke belakang. Tapi tangga ada kan! Nanti naiklah. Itulah satu usaha dan kita sememangnya takkan mengaku kalah dengan lawan sehinggakan ada yang sampai ke petak 100 dan menang! Dia yang menang, kita tetap kalah! So, bangkitlah!! Kita pun boleh buat apa yang mereka buat, jangan kata korang ade yang tak penah menang main dam ular. Tak caya lah, even sekali pun mesti ada. Kalau tak penah jugak, jom main!

Bercakap soal nasib, memanglah kita ada qadaq dan qadar tapi Allah ada berfirman maksudnya, “Allah tidak mengubah nasib kaum itu melainkan dia mengubah nasib dirinya” setiap perjalanan kita di muka bumi-Nya telahpun diatur dari segi rezeki, jodoh, ajal dan maut. Tapi ingat! Bukan bermakna kita perlu berserah tanpa sebarang usaha. Biasa kita dengar orang cakap usaha, dan tawakkal bukannya tawakkal dan usaha. Nampak beza kan?




Hidup ini memang macam dadu. Kita sentiasa mengharapkan mendapat nilai 6 untuk terus ke depan dengan harapan akan menang, tetapi nilai 1 juga amat bernilai jika kita di petak 99 kan? Nasib juga ditentukan macam main dadu! Kadang-kadang kita beroleh kesenangan tetapi kita lupa kesenangan itu tidak kekal, kita kecewa bila gagal ibarat sentiasa mendapat nilai 1 pada dadu padahal nilai 1 itulah memberi kita corak untuk melangkah dan terus mara. Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana.

Terbaeklah paroy!


mOhdbOb :: Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.